Artis / Selebriti
” Geram betul dengan Nyamma masa ni. Pot pet pot pet, terkedek-kedeknya lagi.. ” – Netizen

Nur Fazura Kongsi Video Throwback Ketika Anaknya, Nur Fatima Aisya Berusia Dua Tahun Buat Ramai Geram. Alahai Comel Betul Dengar Fatima Berborak Dengan Daddy. Macam-Macam Dia Tanya, Pot Pet, Pot Pet Tak Berhenti !!
Umum mengetahui yang pelakon Nur Fazura telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama Fattah Amin. Memilih nama Nur Fatima Aisya buat puteri sulung mereka, sejak dilahirkan lagi, Fatima sering menjadi perhatian umum.
Fazura dan Fattah mewujudkan satu akaun khas di Instagram yang mana mereka berkongsi momen indah sepanjang Fatima membesar. Terbaru, Fazura memuatnaik video throwback ketika Fatima baru memasuki usia 2 tahun dan mereka sekeluarga pergi bercuti di Langkawi.
Kelihatan Fatima sudah pandai bercakap pada ketika itu dan sedang rancak berborak bersama Fattah. Tulis Fazura, dia merindui saat bercuti bersama keluarga kerana pada waktu sekarang, Fattah mahupun dirinya masih sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian peminat yang mengikuti keluarga ini di Instagram. Ada yang mengatakan geram melihat gelagat Fatima ketika itu kerana berceloteh tidak henti. Bukan itu sahaha, ramai menyifatkan Fatima seorang kanak-kanak yang bijak.
Tonton video di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya)
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Fatima. Antara komen-komen menarik adalah :
” Geram betul dengan Nyamma masa ni. Pot pet pot pet, terkedek-kedeknya lagi, kejap je dah besar pun dia.. Makin bijak.. “
” Fatima ni mcm anak sy beza lahir brp minggu je.. Mmg mcm ni la anak sy kepohci.. Dr 1 thn lbh dah kepoci, hehe.. Moga anak2 kita terus membesar dengan baik.. “
” Baru 2 tahun dgr jelas percakapan nya…. ‘Ni apa dia?’ so sweet lah Fatima.. Manja daddy betul.. Anak kesayangan daddy.. “
” Hahaa tanya 10 kali, comel la Nyamma.. Gewaamn Fatima masa ni.. Dgn pipi tuuu, dah macam kuih pau, hehe.. MasyaAllah.. “
” Oh my, how time flies.. Dulu selalu tengok keletah Nyamma ni tapi sekarang dah jarang update. Food is more interesting than pool… Eeeeeee.. Geram jer.. “
” Geram betul dgn Fatima waktu ni. Suka tengok keletah budak bijak Dan pandai ni.. Masa ni dah terserlah bakat lakonan Fatima.. “
” I cannot la budak ni.. Fatima dah big girl sekarang.. Makin pandai bercakap sekarang ni.. Hehe.. Bff daddy forever.. “
Pejam celik pejam celik, sekarang umuar Fatima sudah memasuki tiga tahun lebih. Pada bulan Oktober akan datang nanti, Fatima bakal menyambut usianya yang keempat tahun. Semoga Fatima terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen