Artis / Selebriti
” Gosok kaki pun macam nak gaduh Dato’ ni. Diorang lupa ke tengah live tu, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Dato’ Aliff Syukri bersama sahabat baiknya, Anas Zahrin berebut nak menggosok kaki masing-masing ketika sedang live buat ramai terhibur. Dah macam nak bergaduh pulak, lawak lah perangai dua-dua ni, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri telah dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Aliff sedang membuat live mempromosikan produk jualannya. Apa yang menarik pada kali ini, Dato’ Aliff ditemani oleh sahabat baiknya, Anas Zahrin.
Tulis Dato’ Aliff di ruangan kapsyen, kedatangan Anas adalah tiba-tiba ketika dia sedang mempromosikan produk secara live. Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Dato’ Aliff menyakat dan mahu menggosok kaki Anas menggunakan sabun jualannya.
Meskipun beberapa kali dihalang oleh Anas, Dato’ Aliff masih tetap mahu menggosok kaki Anas. Usik Dato’ Aliff, tidak haram dia memegang kaki Anas kerana mereka berdua lelaki. Perkongsian video oleh Dato’ Aliff ini telah mengundang tawa warganet.
Komen warganet, telatah Dato’ Aliff yang suka menyakat Anas sangat mencuit hati. Komen warganet lagi, melihat Dato’ Aliff dan Anas sudah seperti bertemu buku dan ruas. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@anirashop23 #alifsyukriterlajaklaris #papalaris #dherbsterlajaklaris #dherbs #datoaliffsyukri #aliffsyukri
♬ original sound – AniRa 💥RACUN TIKTOK💥 – AniRa 💥RACUN TIKTOK💥
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur mereka setelah menonton telatah Dato’ Aliff dan Anas. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sumpah lawak tengok perangai masing-masing. Ni baru bertemu buku dengan ruas, haha.. Gosok kaki pon mcm nk gduh dato2 ni, haha diowg lupa ke tgh live tu.. “
” Comel mye dato berkawan . Nmpk ikhlassss hahaha.. Mula2 awk kita last2 aku kau terus. Gerammmm betul tuu, haha lawak2.. “
” Hoi gosok kaki pun nak gaduh geram lak aku tengok hahhahhaah Bff 2org ni memang lawak tapi suka friendship diaorg.. “
” Gosok kaki pon berebut, meh gosok kaki aku sorg satu.. Hahaha mungkin si Anas tu geli kot kalau ada orang pegang kaki dia.. “
” Weh sebenarnya rasa serbasalah orang pegang kaki. Macam pergi spa sebelum urut orang tu cuci kaki lap kaki, rasa serbasalah tau rasa nak cuci sendiri je.. “
” Hhaahaa dengar cerita masih lg bergaduh nk gosok kaki Tok Nas.. Kelakar lah perangai masing-masing, sabar jelah tengok, haha.. “
” Comel pula tengok lelaki gad0h macam ni.. Anas sampai ngigau malam nanti ni nak cuci kaki tu, hahaha.. Dato’ Aliff pula suka menyakat.. “
Kelakar sungguh dua sahabat ini, lagi-lagi part Anas menegur seorang wanita yang mahu memakaikan mikrofon pada bajunya. Berdekah Dato’ Aliff gelak ketika mendengar apa yang Anas cakapkan itu. Apa-apa pun, seronok melihat persahabatan Dato’ Aliff dan Anas, semoga ikatan ukhuwah ini akan berpanjangan serta berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papalarisofficial, anirashop23
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen