Artis / Selebriti
” GV dah habiskan, jadi sila lah kembali ke tempat asal awak ya. Si seketul Jhara sedang menanti.. ” – Datin Alyah

Datin Alyah kongsi video Dato’ Ramli MS sedang menidurkan anak mereka, Nur Izzara buat ramai terhibur. Pasrah betul muka daddy, anak asyik melekat je dekat badan, hehe..
Bagi yang mengikuti penyanyi Datin Alyah, pasti mengetahui yang Datin Alyah sering berkongsi video dan gambar perkembangan anaknya, Nur Izzara kepada umum. Zara kini membesar sebagai seorang anak yang comel. Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS atau Tok Ram menjaga Zara seperti menatang minyak yang penuh.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Alyah ada memuatnaik video Tok Ram sedang menidurkan Zara. Seloroh Alyah di ruangan kapyen, memandangkan program Gegar Vaganza sudah melabuhkan tirai, Alyah telah meminta Tok Ram kembali ke tempat ‘asal’ dengan tugasannya untuk menidurkan Zara.
Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur melihat keadaan Tok Ram dan riak wajahnya yang seakan pasrah. Usik warganet, mereka tidak sangka keadaaan Tok Ram sebenar di rumah yang tugasnya perlu menidurkan anak.
Selain itu, komen warganet lagi, Zara sememangnya seorang anak yang manja dengan daddynya. Dapat dilihat cara Zara tidur sambil mencium baju Tok Ram. Sehingga kini, video Zara tidur di pangkuan Tok Ram itu telah menerima lebih 10 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebuta adalah :
” Betul2 anak daddy ni, so cute.. Tokram muke tak redo divideokan, hahaha. Hrp2 Nabil nampak yg ni.. Habis dia bahan nanti, haha.. “
” Anak pompuan ni dengan mak sdiri macam musuh tauuu. Susu pun daddy yang bancuh baru sedap. Aku pun tak paham kadang2, ape salah aku.. “
” Ini kehidupan sebenar Tok Ram.. Kembali menjadi bibik, risau Tok Ram menjuri lepas ni pakai carrier baby kat bahu nanti, haha.. “
” Hanya org yg punya jiwa sahaja tahu betapa syahdunya bila anak peluk kita. SubhanAllah… Comel betul tengok anak manja Tok Ram ni.. ‘
” Mmg ayhnya pun tak blh bgerak sbb tak nk ank terjaga, tu yg nmpk mcm kaku n pasrah.. Tok Ram mcm dah redha je kan… Kena amik video dia selalu.. Hehehehe.. “
” Kita geng tok, kalau saya balik keje tak gendong anak perempuan memang melalak satu rumah.. Pusing kepala saya tok, hehe.. “
” Tengok gaya Zara tidur tu memang dia sedap betul bau daddynya.. Sampai tertunduk lah cium baju daddy tu,, Manjanya dia dengan daddy.. “
Terhibur warganet melihat muka Tok Ram yang pasrah ketika Alyah sedang merakam video ini. Apa-apa pun, jelas kelihatan yang Tok Ram seorang ayah yang sangat penyayang. Semoga Zara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Tok Ram serta Alyah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81, TikTok alyah81official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen