Artis / Selebriti
” Habis jadinya bila tiga-tiga masuk air bergabung, haha.. ” – Netizen

Video Elly Mazlein, Syamel Dan Ernie Zakri Menari Lagu Viral Konvokesyen Jururawat, Cintaku Sampai Ke Ethiopia Buat Ramai Terhibur. Amboi Masing-Masing Tak Nak Kalah. Part Syamel Memang Win. Berbulu Kak Kepom Tengok, Haha !!
Baru-baru ini satu rakaman persembahan pelatih jururawat (nurse) telah tular di laman sosial mengusik kenangan sehingga menjadi viral di laman sosial. Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal oleh penyanyi Indonesia iaitu Ria Resty Fauzi dipersembahkan sempena majlis konvokesyen. Untuk rekod, video ini pada asalnya dimuatnaik pada 1 Disember 2013, namun ianya menjadi tular selepas 10 tahun setelah dikongsikan ke laman TikTok baru-baru ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Era, dikongsikan video yang memaparkan Elly Mazlein, Syamel dan Ernie Zakri menari lagu viral tersebut. Menerusi video itu, ketiga mereka menari di dalam konti radio. Pada awalnya, kelihatan Elly dan Ernie menari dan selepas itu Syamel.
Telatah Elly, Syamel, Ernie ketika menari telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan yang ketiga-tiga selebriti ini kelakar dan perangai ‘masuk air’ . Ada yang berseloroh mengatakan Elly seperti ‘tidak puas hati’ melihat Syamel menari lebih menonjol daripadanya.
Bahkan bukan itu sahaja, ada juga yang perasan cara Ernie menari sudah seperti gelagat anaknya, Khawla. Sehingga kini, video tersebut menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Amboi masing-masing tak nak kalah yer menari.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur melihat telatah ketiga-tiga selebriti ini menari. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Habis jadinya bila tiga-tiga masuk air bergabung, haha.. 10 kali aku ulang sebab nak tengok mata laser Erny Zakri, siap lah ko Syamel balik rumah nanti.. “
” Hahahahaha balik keje tengok video ni terus hilang penat.. Kak Kepom dgn Ernie mmg ngam laaa sesama.. Meriah suasana tengok, haha.. “
” Lawakkk lah kak Lina, Syamel dan Ernie masuk air.. Semua kalau tak buat hal memang tak senang duduk kan, ada je ha nak buat kelakar.. “
” Ad0iii. Masuk ayaq semua.. Hahahahahahaha saya stress pagi td.. Tengok ni terus terhibur. Terima kasih menceriakan hari sy, hehe love sangat.. “
” Berani aik selit, tengah member melayan penuh perasaan.. Muka kepom tak puas hati dengan bang mel, hahahaa.. Sabar2 kepom.. “
” Berani ekkk dia caras takhta kak kepom, masuk air betul. Ernie menari sebiji gaya Khawla lah, hahaha.. Comel sangat tengok, part mata tu kelakar.. “
” Eeeeee geraaaaammmmm je aku tengok, haha.. Tak pernah tak lawak la… Kepommm masuk lak pasangan lovely ni.. Meletops terus jadinya.. “
Bila geng ‘masuk air’ bergabung menari, memang meriahlah jadinya. Kelakar betul tengok reaksi Elly ketika melihat Syamel menari. Difahamkan video ini dirakam ketika Syamel dan Ernie menjadi artis jemputan ke konti Era untuk berkongsi lagu-lagu terbaru mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen