Artis / Selebriti
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza cuba mengenenkan Zizan Razak dengan bodyguardnya, Mimi buat ramai terhibur. Amboi Tokti, dah pandai nak jodohkan orang, melambung Tokti puji Mimi. Respon Zizan pada Tokti pun kelakar, berdekah gelak..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rosmadi Othman, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengusik pelawak terkenal negara, Zizan Razak. DS Siti dan Zizan duduk semeja di sebuah majlis khas.
DS Siti yang sedang membuat live ketika itu cuba mengenenkan Zizan dengan bodyguardnya yang bernama Mimi. Kata DS Siti, Mimi orang Terengganu dan sekiranya Zizan berkahwin dengan Mimi, senang mereka senegeri dan tidak perlu bergaduh setiap kali pulang beraya.
DS Siti memberikan pujian yang melangit untuk Mimi dan banyak kelebihan Mimi yang diceritakan. Tambah DS Siti, Mimi bukan hanya boleh menjadi bodyguard, tetapi juga boleh memasak, membawa bot, memandu lori dan banyak lagi kelebihannya. Pendek kata, Mimi ini serba boleh orangnya.
Zizan hanya ketawa mendengar perbualan DS Siti itu dan kagum dengan kebolehan Mimi. Sempat juga Zizan bertanya sekiranya dia berkahwin dengan Mimi, siapa yang akan menjadi bodyguard DS Siti. Spontan jawapan DS Siti menyuruh Zizan sama-sama menjadi bodyguardnya. Lawak lah DS Siti.
Jom tonton video di bawah :
@rosmadiothman Zizan di jodoh kan dengan Mimi… #sitinurhaliza #masukberandafyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #foryoupage #foryou #trending
@rosmadiothman Sempat Zizan tanya Syed kat Bella… #sitinurhaliza #masukberandafyp #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #viral #foryoupage #foryou #trending
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ok, pasni kita tgk kisah cinta zizan ngan mrs. bodyguard pulak. makin bersemut la hp aku hehe.. “
” Zizan dengan Mimi jadi bodyguard Tokti haha.. Tokti Jrg2 nk lwk cmni.. adoiii.. Mgkn sbb dgn zizan kot ea.. msuk air.. “
” Kelakar kalau dibayangkan, hari hari gelak je haha.. tokti ni makin lama makin lawak.. berdekah dengar part Zizan tanya dia orang ke chatgpt.. haha.. “
” Zizan tukar profesion la mcm tu.. jdi bodyguard tokti dgn mimi.. ngamm la tu.. pndai tokti ngusik zizan ye.. “
” Tokti jadi broker jodoh untuk saya jugak.. mmg vibe makcik² tokti ni… sama mcm makcik aku.. rajin betul cari jodoh untuk aku.. “
” Betul, Mimi pukul orang pun boleh. Bawak bot boleh, bawak lori pun boleh.. Haaa Mimi, HAHAHA Tokti betul nak carikan kamu jodoh ni.. “
” Tok ti pun macam kita suke jadi matchmaker hehe.. tokti dah jadi agen cari jodoh hehe.. mcmtu je dia soh zizan jd bodyguard.. baik punya adjust tokti ni.. pandai tokti slang trengganu.. “
Boleh tahan juga kelakar DS Siti ini, semakin pandai menyakat sampai Zizan pun mengakui Tokti lagi kelakar daripadanya sekarang. Kalau DS Siti yang menjadi agen cari jodoh, confirm ramai yang beratur untuk dijodohkan. Apa-apa pun, ini hanya gurauan antara DS Siti dan Zizan. Semoga semuanya terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rosmadi Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen