Artis / Selebriti
” Habis lagu dia rosakkan. Cicak pun confuse macam tu ke bunyi aku dengar Leona nyanyi, haha.. ” – Komen Netizen

Video Leona menyertai geng dikir barat menyanyikan lagu Cicak di Sarong Run 2025 buat warganet terhibur. Bukan main confident Leona minta microphone. Sekali nyanyi, hancur terus lagu Cicok ni Leona oii. Versi international terus Leona bagi. Comel Leona, hehe..
Sarong Run 2025 yang berlangsung semalam berjalan dengan lancar. Selain bacaan ikrar dan larian beramai-ramai membawa bendera Malaysia sepanjang 1000 meter, turut disajikan persembahan-persembahan menarik untuk pengunjung yang hadir di event tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Akirina1, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Leona yang turut serta dalam persembahan semalam. Leona kelihatan di atas pentas bersama penyampai Hot FM, Haziq Hussni.
Persembahan dari kumpulan dikir barat Kelantan dipersembahkan dan lagu Cicak menjadi pilihan. Leona pula dengan perangai gila-gilanya menghiburkan semua. Bagi yang mengenali Leona pastinya mengetahui yang Leona kurang fasih berbahasa Melayu dan slangnya lebih kepada slang mat saleh.
Ketika Leona meminta microfon daripada penyanyi untuk menyambung nyanyian lagu Cicak itu, semua bersorak dan ketawa. Kelam kabut jadinya lirik lagu apabila berada di tangan Leona. Bak komen warganet, lagu cicak British yang dinyanyikan oleh Leona. Leona memang seorang penghibur dan gelagatnya itu menambahkan lagi kemeriahan.
Jom tonton video di bawah :
@akirina1 Replying to @Evaaaaᥫ᭡ takpe la Leona kami memang terhibur #sarongrun2025
@akirina1
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Weh aku bgun tido tgok video ni dulu terus gelak segar biji mata aku.. Hampir xkenal aku lagu apa dia nyanyi haha.. “
” Hahah comell la dia layan gila-gila dia tu. comel cokcekcokcek cicok international ni.. Anxiety pun takut dengan Leona ni haha.. “
” Orang panggil cicak British haha.. napok tu darah Kelantan mengalir dlm badan mekna sapa naik seih haha.. “
” Aku tak boleh lah dengan Leona ni.. Pecah do Leona.. cicak pun confuse macam tu ke bunyi aku dengar Leona nyanyi haha.. “
” Tiba aku pulak lupa lagu asal macamana haha.. Yang tengah berdikir pun tak boleh tahan nak ketawa dengan mek na ni nyanyi.. “
” Weh mcmna lagu cicak yg asl? Lepas dengar mek na nyanyi jadi blur Lupe terus rentak asal lagu tuu.. mne leona beli confident eh… nak cri jugk laa buat spare.. “
” Haha Leona, rosak teruk dah ni.. Habis lagu dia rosakkan haha.. lagu rosak pun takpe , kita enjoy ja Leona oiii.. “
Adui lah Leona, confident level Leona tu memang tiada siapa boleh tandingi. Tak ingat lirik dan menyanyi merapu seperti itu pun semua enjoy dengan nyanyian Leona itu. Ini bukan cicak Malaysia, cicak British Leona oii. Apa-apa pun, terhibur warganet melihat telatah Leona. Set kita jange pecoh Mek Na.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok akirina1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen