Artis / Selebriti
” Hael meminta betul. Ish macam tak lama sangat dah tu.. ” – Komen Netizen

Video Hael Husaini menjawab pertanyaan Amira Othman ketika sedang live buat ramai teruja. Wah Hael bagi hint majlis kahwin Mira lah..
Bagi peminat Hael Husaini dan Amira Othman pastinya mengetahui mereka sudah lama berkawan baik. Hael antara kawan lelaki yang banyak menyimpan rahsia Amira lebih-lebih lagi mengenai hubungan Amira dengan rakan sekerja yang dikaitkan dengan dirinya iaitu Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Monalizajantan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Hael semalam. Hael jarang untuk membuat live dan jika ada ianya cuma sebentar sahaja. Ketika Hael sedang melayani viewers yang menonton live nya itu, Amira juga turut sama memberikan komen.
Amira bertanyakan kepada Hael bila Hael akan berkahwin. Hael menggunakan peluang ini untuk mengusik Amira dan kata Hael dia akan berkahwin selepas Amira berkahwin. Hael spontan tersasul menyebut sesuatu yang berkaitan dengan Amira.
Hint yang diberikan oleh Hael ini membuatkan hati peminat FattMira berbunga-bunga. Jika benar seperti yang Hael katakan, nampaknya impian semua untuk melihat pasangan merpati dua sejoli itu ke jinjang pelamin akan menjadi kenyataan. Pasti gempak dan wedding of the year seandainya terjadi.
Jom tonton video di bawah :
@monalizajantan cr live: @Hael Husaini #amiraothman #datositinurhaliza #artismalaysia #trending #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 900 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mira masuk live Hael kan semalam tapi sekejap jer.. Hael meminta betul.. very soon tu.. “
” Wehhhh hael pun dah nak kawen dengan dayang ke.. kita doakan yang baik-baik buat kedua2nya.. Aamiin3x Ya Rabbal Alamin.. “
” Meminta saja Hael ni pun.. Hael ni suka mengusik Mira kan.. Very soon kan Mira, ish macam tak lama sangat dah tu.. “
Pastinya Hael mengetahui sesuatu tentang hari bahagia Amira itu. Amira pula terus keluar dari live Hael selepas itu. Tambahan pula semalam Amira juga bersiaran langsung bersama Fattah Amin untuk mempromosikan produk Amber, tentu Amira juga keletihan untuk mengikuti live Hael sehingga ke akhir.
Sama ada majlis Amira bakal berlangsung dalam tempoh terdekat atau tidak, sama-sama kita nantikan. Apa-apa pun, didoakan segala yang baik-baik untuk Amira dan Fattah. Kalau ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Semoga dipermudahkan segala urusan Amira.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ummi Mona, IG Fattah Amin, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen