Artis / Selebriti
” Handsome sangat Kayden ni. Hidung mancung, mata cantik.. ” – Netizen

Madammu Muatnaik Video Terbaru Anaknya, Kayden Buat Ramai Teruja. Wah Akhirnya Dapat Juga Tengok Muka Anak Madammu. Kecil-Kecil Lagi Dah Nampak Handsome !!
Bukan mudah untuk pengasas kosmetik Noir Beauty, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu untuk mendapatkan zuriat. Setelah melalui proses IVF, Madammu akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ahmad Kayden.
Bagi yang mengikuti perkembangan Madammu, pastinya tahu susah untuk melihat wajah Kayden. Selalunya Madammu akan menutup dengan emoji atau pun hanya menampakkan bahagian belakang Kayden sahaja. Hanya pernah sekali sahaja Madammu paparkan wajah Kayden.
Meninjau entry terbaru Madammu di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video terbaru Kayden. Tulis Madammu, hanya berbaki 3 hari sahaja lagi hero kecilnya ini bakal berusia 9 bulan. Cepat masa berlalu, seperti baru semalam sahaja mendapat khabar kelahiran Kayden.
Melihat wajah terkini Kayden membuatkan ramai yang teruja. Kecil-kecil lagi sudah kelihatan handsome. Wajahnya nampak sangat seiras dengan Madammu dan berkulit cerah dan gebu. Alahai comelnya Kayden, mesti apabila besar nanti ada ramai peminat.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 3000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Masha Allah, handsome boy lah Kayden ni.. comel sangat dia, muka mummy sangat ni.. aihh geram lak tengok.. ”
” Nanti 1st birthday reveal lah wajah dia.. Tapi saya rasa muka dia ikut madammu.. sipi gini pun dah nampak handsome nya.. ”
” Masyaa Allah.. Handsome sangat kayden ni.. banyak muka mummy sangat.. kepala papa dia hehe.. ”
” Masya Allah TabarakaAllah.. Semoga Keyden sihat selalu. AMIN.. Mini mummy sangat ni hidung dan mata tu.. hidung mancung, mata cantik.. ”
” Olololo omeynya dia, cepat je dah besar da dia.. lebat dah rambut.. macam anak mat saleh je tengok pandangan sisi macam ni.. ”
” Dapat dah tengok muka Kayden.. Alhamdulillah, comel sangat-sangat ni. Handsome lah, Allahumma barik.. ”
” Masha Allah handsome boy Kayden.. Bulu mata tu, fuh panjang betul. ada mata cantik ikut mummy ni.. ”
Akhirnya dapat juga warganet melihat wajah permata hati Madammu ini. Ahmad Kayden yang comel, copy and paste muka mummy. Semoga Kayden terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh untuk mummy dan daddy.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Madammu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen