Artis / Selebriti
” Hasil sebulan tengok Cocomelon, maka sebuah lagu Inggeris disajikan secara langsung.. ” – Jep Sepahtu

Video Jep Sepahtu Menyanyi Lagu Bahasa Inggeris Secara Live Di Sepahtu Reunion Raih Perhatian Warganet. Amboi Lain Macam Bunyi Lagu Inggeris Jep Ni. Penonton Siap Bagi Tepukan Gemuruh Dan Standing Ovation Lagi !!
Saban minggu, gelagat Jep Sepahtu dan team Sepahtu Reunion Live dinanti-nantikan oleh peminat rancangan ini. Jep antara tunggak utama dan menjadi penyeri Sepahtu Reunion dan dibantu oleh Rahim Sepahtu, Pak Ya dan Abby Yus. Gandingan mereka membuatkan peminat terhibur dan ketawa terbahak-bahak.
Meninjau akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep membuat persembahan nyanyiannya di rancangan Sepahtu Reunion. Jika selalunya Jep suka mendendangkan lagu rock kapak era 80-an dan 90-an, kali ini nyanyian Jep cukup berbeza.
Lagu My Way menjadi pilihan Jep dan nyanyiannya itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di dewan. Masing-masing teruja mendengar nyanyian Jep walaupun tidak jelas lirik apa yang dinyanyikan oleh Jep itu. Jep pula menyanyi dengan penuh penghayatan, lagi bertambah geli hati warganet melihatnya.
Seloroh Jep di ruangan kapsyen, nyanyian ini adalah hasil daripada aktivitinya menonton siri kartun Cocomelon selama sebulan. Kapsyen sahaja sudah lawak, melihat Jep menyanyi lagi membuatkan ramai terhibur. Jep dan confident tidak dapat dipisahkan, tidak betul sebutan bukan masalah untuk Jep asalkan Jep mampu menghiburkan semua.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Jep ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tapi tetap tak faham Jep nyanyi apa haha. Acu cuma paham my way je haha.. dengan aku sekali kena study cocomelon cmni.. ”
” Woww tak sia-sia kakak dariya ajak teman tengok tv.. Lepas nie kene tgk mrs rachel pulak.. mesti fluent terus.. ”
” Walau tak paham tapi sedap.. good job abah.. Mantap jep.. salute.. datang sabah kita lepak.. ”
” Cocomelon hahha, aduhai Jep Jep haha.. Perghhh lagu ‘My Way’ tuh.. and did it my wayyyy.. ”
” Pandai kamu cakap orang putih ye, Kamsan. terbaik bang jep, bunyi jawa tu ada hehe.. bapak2 memang akan layan skali bila anak tengok cocomelon.. ”
” Even though pronunciation tu tk berape clear sngt tapi good job.. memang patut dapat standing ovation tu.. ”
” Boleh lah effort tu penting.. Terbaik jep dpt standing ovation tu hehe.. So ini kah dinamakan confidence is key.. ”
Confident level Jep yang tinggi membuatkan Jep disukai ramai. Minggu ini Jep memang all out, semua penonton memberi standing ovation untuk Jep. Selepas ini boleh lah Jep lebihkan masa menemani Dariya menonton Cocomelon lagi, tentu lebih power dan gempak, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen