Artis / Selebriti
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen

Video peguam terkenal, Dato’ Ahmad Zaharil bersuara isu kes Zara Qairina. Step by step Dato’ ajarkan apa yang patut buat. Ayat last tu padu betul, memang pedih. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya..
Siapa tidak kenal dengan peguam hebat dan lantang bersuara, Dato’ Ahmad Zaharil. Terkenal dengan jolokan peguam kotak pensil gara-gara kisah yang pernah dilaluinya sebelum ini, Dato’ Zaharil juga turut bersuara mengenai isu kes yang tular masa kini, Zara Qairina.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ahmad Zaharil Lawyer, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Dato’ Zaharil menjawab pertanyaan apakah yang perlu dilakukan selepas proses postmortem. Panjang lebar penerangan Dato’ Zaharil.
Dato’ Zaharil mengajar satu demi satu langkah yang boleh dan perlu dilakukan oleh pihak polis. 60 orang pelajar yang dipanggil sebelum ini perlu dipanggil kembali dan diambil keterangannya. Penerangan yang cukup jelas dan membuatkan warganet aliran kes ini berjalan.
Dato’ Zaharil seorang yang jujur dan penerangannya cukup jelas untuk membuatkan semua faham. Ada juga yang meminta agar Dato’ Zaharil mewakili ibu Zara untuk menyelesaikan kes ini. Habis semua watak-watak yang terlibat dalam kes ini diseru oleh Dato’ Zaharil.
Jom tonton video di bawah :
@ahmad.zaharil.law
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dato’ pulak kena pening kepala ajar pihak polis.. 60 budak sekolah tu kn.. ke Budk sekolh Methodist” deep haha.. “
” Di antara lawyer yang terbaik dan jujur.. bkn beshe2.. dia jenis jujur.. amanah.. bukan senang-senang nak sogok.. “
” Datok mcm rilek je maknenye akan ade kebenaran dan keadilan nnt tuk arwah zara.. Betul sgt.. Kami yg x lawyers, x polis, x doctors ni pun tau.. “
” Berkebun sambil menunggu padi dituai… deep message utk si gagal.. Tu lawyer dah bagitahu camna nak buat tu.. bila nak jlnkan kerja tu.. “
” Hebat ni betul-betul peguam melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. warden, pengetua, cikgu² yg terlibat tu kne panggil jgk.. jgn wayang je ckp dh amek keterangan.. “
” Ya betul , setiap video dan gambar ada maklumat lengkap seperti tarikh , masa , Tempat yg tepat seperti koordinat video atau gambar di ambil.. “
” Hujah dato sgt jelas and menunjukkan knpa dato bnyak menang Kes… terbaik dato…. Deep betul ayat Jangan ada dusta antara kita tu.. Lawyer terbaik.. “
Hujah dan saranan yang cukup bernas daripada Dato’ Zaharil. Sempat pula diselitkan tajuk lagu Broery tetapi maksudnya cukup mendalam. Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk Zara dan yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahmad Zaharil Lawyer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen