Artis / Selebriti
” Hebat, tertiarap pun boleh tarik suara lagi tu.. ” – Netizen

Video Thr0wback Nyanyian Salih Yaacob Bersama Allahyarham Rosiah Chik Raih Perhatian Ramai. Wah Gaya Santai Pun Boleh Menyanyi Dengan Baik. Memang Mengembalikan Nostalgia !!
Nama Salih Yaacob sememangnya sudah dikenali ramai. Salih mempunyai pelbagai bakat dalam industri seni iaitu seorang pelakon, pelawak, penyanyi, penyampai radio dan juga pengacara. Salih memulakan kerjayanya sebagai penyanyi ketika zaman mudanya dulu.
Meninjau ke akaun Instagram, Salih telah berkongsi video thr0wback ketika dia menyanyi bersama penyanyi Allahyarham Rosiah Chik. Salih berkongsi video tersebut dengan menyatakan pada zaman tersebut, vokal nyanyiannya masih mantap.
Manakah tidak, lihat sahaja gaya nyanyian Salih. Salih menyanyikan lagu tersebut sambil duduk di lantai dengan gaya bersahaja. Bukan suatu yang mudah untuk menyanyi dengan baik ketika sedang duduk tau. Namun Salih membuktikan dia boleh melakukannya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 1 ribu tanda suka daripada warganet. Video tersebut merupakan sedutan rancangan Hiburan Minggu Ini yang pernah bersiaran di saluran RTM suatu masa dulu.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji nyanyian Salih yang mengembalikan nostalgia lalu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tak semua org leh nyanyi dlm posisi baring manja mcm tu.. SY memang terbaik.. rancangan dulu dulu best.. “
” Fav sngt ngn abg aleh dr muka smpai lani… lucu.. suara mantap. Semoga sihat selalu ya SY. alhamdulillah.. “
” Tak kelakar tak sah eh.. rosiah chik.. ini idola saya.. nostalgia ni. i followww.. sallehyaakob marvellous.. “
” Gerek betul seh.. Terbaek pernah engaged utk show korporat … everybody’s enjoyed his performance .. “
” Suara yang merdu. Hebat Tetiarap pon boleh tarik suara LG tu.. Al fatihah nenek rosiah chik.. SY tak pernah tak kelakar.. “
” Sedapnya suara.. dah tua baru sedar suara ni memang amazing.. Dahlah lagu feveret aku. Thanks, dik.. “
” Rindu dgn telatah SY, KE abs KRILL.. salihyaccob rajaxazura krillrashid.. Dh lama tak nampak abg jem salihyaccob sihat ke? “
Sepanjang penglibatan Salih dalam dunia seni, Salih telah melahirkan beberapa buah album. Namun kini, Salih lebih kepada dunia lakonan. Semoga Salih Yaacob sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Salih Yaacob
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen