Artis / Selebriti
” Hujung-hujung curi nafas terkucil pun masih merdu. Hadiah daripada Allah.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengaji Surah Al-Luqman secara live di rancangan Geng Ngaji raih pujian ramai. Merdunya alunan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Tokti..
Menjelang bulan Ramadhan, antara rancangan yang menarik perhatian warganet adalah seperti rancangan keagamaan iaitu Geng Ngaji. Ramai di kalangan selebriti yang dijemput untuk memperdengarkan alunan bacaan suci Al-Quran secara live.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi tersohor, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengaji di rancangan Geng Ngaji. Menerusi video itu, DS Siti mengalunkan bacaan Surah Luqman iaitu ayat yang k 14 dengan menggunakan kaedah video call.
Perkongsian video tersebut juga telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suka dan terpegun mendengar bacaan DS Siti ketika mengaji. Komen warganet, bacaan DS Siti sangat merdu dan sempurna makhraj serta taranumnya.
Bahkan bukan itu sahaja, bacaan DS Siti turut mendapat pujian daripada Geng Ngaji. Sehingga kini, video DS Siti membaca surah Al-Luqman telah menerima ribuan tanda suka dan puluhan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, merdu sungguh suara DS Siti mengaji.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hujung-hujung curi nafas terkucil pun masih merdu. Hadiah dari Allah.. Antara penyanyi yang suaranya mengaji pun sedap dengar.. “
” Dari dulu saya nak dengar dato’ Siti mengaji..syukur.. Kesampain jugak akhirnya.. Sebab saya tahu.. Pasti sangat merdu.. “
” Tokti sedapnya masyallah tabarakallah.. Alhamdulillah, merdu betul.. Bukan saja2 puji ok.. Memang merdu sangat.. Suka dengar suara TokTi mengaji.. ‘
” Aku ni punya la sitizoner confirmed ayat ni aku hafal mcm dulu pun ada Dato Siti mengaji di tv pun ayat tu haFal masuk mp3.. “
” Alhamdulillah.. Seimbang dunia akhirat.. Biduanita kesayangan negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Terbaik lah Dato’ Sri Siti Nurhaliza.. “
” Merduuu.. Mengaji, menyanyi sama hebat lah tokti ni.. Masyaallah, tokti ikut tajwid yg betul.. Alhamdulillah.. Suka sy dengar.. “
” Ni bru betol. hebat dunia dan akhirat. nyanyi boleh, bca quran pon bolh..Org yg ada bakat menyanyi memang automatik pandai taranum.. “
Bak komen warganet, suara DS Siti bukan sahaja merdu ketika menyanyi, mengalunkan bacaan ayat-ayat Al-Quran juga cukup merdu didengar. Apa-apa pun, semoga perkongsian video seperti ini akan memberikan manfaat dan inspirasi buat kita semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, ctdk, TikTok wanieyy_eiyyda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen