Artis / Selebriti
” I kalau menyanyi, korang tutup mata tak bukak-bukak dah tau, tertidur terus.. ” – Anzalna Nasir

Video Anzalna Nasir Menyanyi Beberapa Lagu Ketika Live Buat Warganet Tersebut. Bukak Mulut Menyanyi Je, Terus Bedak Jatuh Dan Pecah. Siap Salahkan Yogurt Dan Pistachio Sebab Suara Tak Sedap. Ada Yang Komen Cukup, Tak Payah Menyanyi. Lawak Lah Anzalna, Random Sungguh !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan video sesi live Anzalna Nasir telah meraih perhatian ramai. Dalam sesi live kali ini Anzalna menunjukkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan menyanyikan beberapa buah lagu.
Seperti selalu, sesi live Anzalna tetap menghiburkan dengan celotehnya yang kelakar. Anzalna melayan sahaja komen di ruangan chat dan kadangkala menurut sahaja permintaan peminatnya untuk menyanyikan lagu pilihan mereka.
Sebaik sahaja Anzalna buka mulut untuk menyanyi, tiba-tiba bedak yang ada di atas meja terjatuh ke bawah dan pecah. Anzalna juga memberi alasan disebabkan memakan yogurt dan kacang pistachio, suaranya kedengaran tidak sedap. Namun Anzalna begitu confident menyanyikan lagu Acha Septriasa yang bertajuk Sampai Menutup Mata.
Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya semakin ramai peminat yang gemar mendengar celoteh Anzalna yang sangat random. Ada sahaja idea Anzalna secara spontan yang menghiburkan hati.
Jom tonton video di bawah :
@milahbunga Terimalah persembahan dari @Anzalna Nasir 🥳 mini show live di sini 🤣🤪😜😂 #fyp #foryou #foryoupageofficiall #foryoupage #anzalnanasir #lucu #lawak #kelakar #funnyvideos #enjoylife
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dia pnya random lma2 mcm sajat.. Dia dgn izara sama cantik & random.. Yee lagi2 yg time ada zoom meeting tu.. cantik.. “
” Dah mcm tgok live sajat. Menghiburkan loveeeee.. dia gelak macam sajat la.. aku ni live betul dgn dia dari dulu Smpai skrg,lawa btul.. “
” Izara, anzalna & fazura pandai buat lawak spontan tapi anzalna extra kelakar sikit sbb suka gelak.. style cakap dh macam sajat dh.. “
” Sebagai perempuan,saya memang akui dia ni lawa betul huhu,jelita,nampak ada kelas tersendiri.Kelas cemerlang mungkin.. “
” Habisla artis ii dah start buat live kat tiktok. mula ii izara aisyah, pastu mawar rashid pastu anzalna, nanti siapa pulak eaa.. “
” Macam sajat.. muka pun sama. hehe.. lain muka dia ekk.. sedap ke tak sedap awk tetap cantik.. haha randomnya.. makin lawak.. “
” Tngok dia gelak rasa mcm tngok sajat gelak pulak hahahaha comell.. Anzalna ni sebiji macam izara aishah. Sejenis random. Kalau depa duduk 2 orang ni, mau berdekah aku gelak. HAHAHA.. “
Ada yang menyamakan Anzalna dengan Izara Aishah dan juga Nur Sajat kerana gaya celoteh mereka yang lebih kurang sama. Namun begitu Anzalna tetap mempunyai gayanya yang tersendiri yang mampu menarik minat para pengikutnya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Milah Bunga
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen