Artis / Selebriti
” Ibu nak review pun tak senang, ada 2 ketul ni buat iklan memanjang, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kena Kacau Dengan Aafiyah Dan Afwa Ketika Rekod Video Buat Peminat Terhibur. Amboi Dua Beradik Ni, Habis Segala Gaya Keluar Depan Kamera. Afwa Dah Macam Berjoget Sambil Rap. Spoil Video Ibu, Haha !!
Setiap kali penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza membuat video, tentu jumlah viewer akan mencecah ribuan orang. Ditambah lagi jika kedua-dua anaknya, Aafiyah dan Afwa ada bersama, lagi mencanak-canak naik jumlah likes dan viewer.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Muhdafwakhalid dan Tiktok Sitizoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti ingin membuat review berkenaan baju jubah abaya yang dipakainya. Baru sahaja DS Siti memulakan ayat, sudah muncul Aafiyah dan Afwa dalam videonya itu.
Aafiyah yang banyak cakap mengatakan ibunya memang suka dengan abaya tersebut sambil sibuk berjalan ke sana ke mari. Afwa pula tak habis dengan menarinya dan membuat bunyi-bunyian yang mencuit hati seperti sedang rap. Ibu baru nak review sudah ada yang interframe, hehe.
DS Siti pula walaupun kena kacau, tetapi tersenyum sahaja melihat telatah anak-anaknya itu. Alahai ini kalau mak-mak lain, boleh automatik jadi ‘singa jadian’. Cara DS Siti marah anak pun lemah lembut sahaja suaranya itu. Penyabar sungguh penyanyi kesayangan ramai ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Afwa cakap apa tu, ketuk ketakk haha. Muhammad Afwa si gebu pipi merah ni pengacau lah. Kenapa comel2 sangat dua beradik ni.. ”
” Ketuk ketak, sabau je lah Afwa haha.. Geram tau tengok Afwa tu.. tak ada orang nak angkat ke tuh hehhe.. ”
” Afwa tu nampak dah suka menari, dish dish tak tak, bunyi tarian eh dik haha.. ibu dah tak payah susah² nak review baju aafiyah dengan afwa tolong review kn.. ”
” Wah pandai Aafiyah review.. ade ank ni kadang nk bergambar sorg ke atau dgn suami rosak gambar anak anak mesti masuk hihi.. ”
” Rupanya dato Siti pun hidup macam aku dengan anak-anak jugak hahaha.. baru ada dua tokti sekecik tu hehe.. ”
” Afwa tersibuk sekali haha.. Part Aafiyah masuk tu macam iklan pulak haha.. Siap ketuk-ketuk lagi Afwa pun.. ”
” ibu nak review pun tak senang, ada 2 ketul ni buat iklan memanjang haha. Sabar je tokti pun, mampu senyum je lah haha.. ”
DS Siti pun macam mak-mak yang lain juga, waktu ada kerja tu lah anak-anak berpakat mengacau. Review yang pendek pun boleh jadi panjang apabila ada Afwa dan Aafiyah, hehe. Apa-apa pun, semoga kedua-dua anak DS Siti ini sentiasa menjadi anak yang soleh solehah dan kebanggaan keluarga kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitizoner, IG Muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen