Artis / Selebriti
” Ingatkan isteri dia je pandai berlakon, rupanya suami pun ada bakat.. ” – Netizen

Anzalna Nasir Dan Suaminya, Hanif Zaki Buat Video Dan Miming Lagu Raya Buat Ramai Terhibur. Eh, Tak Sangka Suami Anzalna Pandai Berlakon Dan Menjiwai Watak. 1st Time Tengok Hanif Macam Ni, In Character Betul !!
Meninjau ke akaun Instagram Anzalna Nasir, posting terbaru Anzalna telah meraih perhatian ramai. Anzalna memuatnaik sebuah video bersama suaminya menyanyikan lagu raya secara miming yang berjudul Raya Di Rumah Dinda.
Video tersebut dirakamkan ketika Anzalna dan Hanif Zaki menanti pasangan pengantin iaitu adiknya, Afifah Nasir yang melangsungkan perkahwinannya tempoh hari. Wah, buat video sambil-sambil menunggu pun boleh menjadi juga. Kedua-duanya in character sangat.
Namun ramai yang memuji bakat Hanif yang jarang sekali berlakon sebegini. Siapa sangka Hanif yang nampak seperti seorang yang serius boleh melayan kehendak si isteri membuat video ini. Nampaknya kedua-duanya boleh berlakon bersama.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 55 ribu tanda suka daripada waragnet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Anzalna juga dilihat cukup cantik berseri dengan persalinan warna sedondon bersama suami. Nampak macam pengantin baru pula.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Adik yg kahwin dia yg lagi berseri2 sweet mcm pengantin baru.. Siapa pelakon ni sebenarnya? MasyaAllah cntik nya anzalna..in character sgt dlm lagu ni.. “
” Cantiknya la ya Allah anzalna ni. Dlm smua adik beradik dia paling cantik yakmat.. Muka dgn suara Hanif ngam.. Ulang2 tgok video nie… hahahaha best.. “
” Kemana tumpah nya kuah kalau tak ke suami. Eh gitteww la suami isteri ni dah blh berlakon 1 drama plss.. Ini yg paling gempak setakat ni..hahaha.. “
” Pandai berlakon gak.. matching dgn mood time dia ckp.. love Sgt with this couple so humble . Allah allah protect yur families till jannah .. “
” Ingatkan isteri dia je pandai berlakon, rupanya suami pun ada bakat.. Siapa ulang banyak kali angkat tangan . So cute lah .. “
” Hanif dah lama hafal ke lagu ni? In character betul .. Aku duk trbyg dia lepas buat video ni anzalna punya gelakkk.. paling comel.. “
” Nampk gaya hanif_zaki dk boleh caras job anzalnanasir88. In character betul.. Sapa yg pelakon sebenarnya ni? Hehehe Hanif yg lebih menjiwai watak nampaknya.. “
Ramai yang terhibur melihat hasil video pasangan ini. Nampak sesuai sahaja suara nyanyian tersebut dengan mereka walaupun bukan suara sebenar mereka. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen