Artis / Selebriti
” Ingatkan Norman Hakim yang berjambang tu.. “

Abby Abadi Kongsi Ucapan Hari Lahir Buat Anak Sulungnya, Danish Hakim Namun Gambar Yang Dikongsikan Abby Tarik Perhatian Ramai. Part Akhir Ucapan Abby Memang Kelakar Habis !!
Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan dahulunya merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan Elite. Beliau merupakan anggota asal kumpulan Elite yang pertama namun pada tahun 1997 beliau mengundurkan dirinya daripada kumpulan tersebut.
Abby pernah terlibat dalam dunia pengacaraan di mana beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Abby merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Mereka bercera1 pada 2009 dan kini masing-masing sudah mempunyai keluarga tersendiri. Norman Hakim kemudian telah berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza manakala Abby telah berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakari.
Menerusi akaun Instagram, Abby berkongsi ucapan hari lahir buat anak sulungnya, Danish Hakim yang ke 17 tahun. Nampaknya anak sulung Abby sudah menjadi anak teruna. Beliau berkongsi gambar Danish semasa kecil dan gambar Danish yang terkini. Apa yang menarik, gambar Danish pada masa hadapan pun ada.
Rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah Danish apabila berjambang sama seperti bapanya, Norman Hakim. Antara komen-komen mereka :
” Aha.. sama je pic berJambang tu.. cam Norman.. “
” Kecik comel bamb4m, dh beso ensem, ikut iras Abby ni.. “
” Senah Helwah abang Danish,iyelah perasan juga gambar bermisai tu ada iras-iras pelakon Norman hakim.. “
” Haahaha.. tekenan.. anak papa.. hepy besday danish.. besau dh.. sebaya adik kite.. tp adik kite kecik je.. hehee.. “
” Ingatkan Norman Hakim yg berjambang tu.. “
” Anak yg sholeh adalah saham terbaik untuk kedua orang tua … saham dunia akherat.. “
Wah, memang sekali pandang sama seperti wajah Norman Hakim. Mestilah Danish mewarisi ketampanan bapanya bukan. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Danish Hakim. Semoga panjang umur dan menjadi anak yang membanggakan ibu dan bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi , Danish Hakim by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen