Artis / Selebriti
” Ini bongsu, ini bongsu, ini pun bongsu. Ramai tak adik beradik kita bongsu.. ” – Yatie Kamarzaman

Video anak sulung Bonda Rozita Ibrahim, Yatie Kamarzaman memperkenalkan adik-beradiknya yang satu ibu raih perhatian ramai. Wah ramainya anak bongsu dalam adik-beradik kak Yatie..
Meninjau ke akaun Instagram Yatie Kamarzaman, perkongsian sebuah video yang memaparkan Yatie memperkenalkan adik-beradiknya kepada umum telah meraih perhatian ramai. Yatie mempunyai ramai adik-beradik yang sama ibu tetapi berlainan bapa.
Antara yang paling dikenali ramai ialah Dato’ Seri Aliff Syukri yang merupakan adik Yatie daripada bapa yang sama. Yatie merupakan anak yang paling sulung dan ketika video tersebut dirakamkan mereka semua berkumpul di rumah Dato’ Seri Aliff.
Dalam adik beradik Yatie terdapat tiga orang ‘bongsu’ kerana daripada bapa yang berbeza. Walaupun berlainan bapa, ikatan kekeluargaan tetap dipupuk dengan penuh kasih sayang tanpa membezakan siapa bapa kandung masing-masing.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seronok melihat kemeriahan keluarga Yatie bersama adik-beradik yang ramai. Apabila berkumpul sememangnya riuh rendah dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Yg no 4 Ajah tu sebapak dgn k.Yatie ke? Die mcm jarang keluar socmed kan. Sian tgk Alip.. cam penat naw.. moga semua dalam kesihatan yg baik dan dalam keberkatan Allah sentiasa.. “
” No 6 siapa ea datin? No 1 datin, no 2 dato aliff, no 3 hazim, no 4 ajah, no 5 ain, no 6 tkda, no 7 amani. Ada lagi bongsu tu on the way.. “
” Alhamdulillah seronok tengok semoga ikatan silaturahim terus utuh. MashaAllah seronok meriah semoga sentiasa bersama hingga ke Jannah In Sya Allah Amin.. “
” Moga dipermudahkan semuanya buat kak yati yatie_kmrzmn and sekeluarga – ameen.. Seronok bila adik beradik berkumpul.. moga guyup selawase.. “
” MasyaAllah semoga semuanya dilindungi dan dirahmati Allah. Umur sy 18 tahun. Sy belum pernah disentuh. AHAHAHAHAHAHA adoiii Dato.. “
” Alhamdulillaah, ramai adik2 kak long, lepas ni giliran siapa pula dapat pangkat hebat, Aamiin. Lukis family tree Datin, baru diorang senang faham.. “
” Muka ajah dgn kak yati sama lah .ajah 28th npk mcm sekolah menengah . Bagus Datin Yati ..perkenalkan siblings..tu pun Masih ada yg keliru lagi.. “
Perkongsian Yatie dan adik-beradiknya menjadi bukti yang hubungan darah tetap tidak akan putus, walau berbeza bapa sekalipun. Apa yang lebih utama ialah nilai kasih sayang dan saling menyokong antara satu sama lain. Selagi ikatan hati dijaga, selagi itulah hubungan adik-beradik akan terus kukuh dan menjadi sumber kekuatan dalam keluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatie Kamarzaman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen