Artis / Selebriti
” Ini yang ditunggu, time dia orang berebut.. ” – Netizen

Video Gelagat Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Berebut Mainan Buat Peminat Terhibur. Alahai Abang Yusuf Merajuk Kena Mengalah. Part Alisa Pujuk Comel Sungguh !!
Dua beradik ini, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara anak selebriti popular di Malaysia. Permata hati Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini sering menjadi tumpuan kerana kecomelan wajah dan perilaku mereka yang sentiasa mencuit hati peminat.
Yusuf yang kini sudah menghampiri usia 4 tahun dan bakal manyambut ulangtahun keempatnya pada 3 Jun nanti. Manakala Alisa pula baru sahaja menyambut hari lahirnya yang pertama beberapa hari lalu. Kedua-duanya mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu dan ayah mereka.
Sering bermain bersama dengan riang, jarang sekali untuk melihat dua beradik ini berkelah1. Dididik dengan lembut dan kasi sayang oleh Hanis, kelakuan Yusuf sering menjadi pujian. Sangat matang dan bijak mengawal emosinya walaupun masih kanak-kanak.
Menerusi akaun Instagram, Hanis Zalikha telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Yusuf dan Alisa. Hanis yang merancang untuk merakam detik makan mereka akhirnya tanpa sengaja terakam mereka berebut mainan. Yusuf yang diminta beralah akhirnya merajuk namun dipujuk semula oleh Alisa. So sweet !
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Yusuf dan Alisa ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Whos the big brother. Anak first always mengalah since we were little.. “
” Comelnyaaaa mengalah.. Eh laaaa merajuk dah abang usop kitaaa.. “
” Aaaaaaa cuteeeeee pandai dah bereb0t.. “
” So cute, bagusnya dengar kataaa.. Ala comelnya yusuf meraj0k.. “
” Dah bereb0t ngan abang, dah dapat.. Boleh adik sendeng kat abang lagi yea.. Tak rase bersalah dia tu.. “
” Ini yang ditunggu.. Yusuf so cute.. “
” Tunggu time dia orang bereb0t. Selalunye yang manis-manis je Yusuf Alisa ni.. “
Alahai comel je tengok gaya Yusuf merajuk. Berebut pun masih mendengar kata dan mengalah dengan adik. Bagus didikan Hanis ni, buat ramai yang kagum. Apa pun, moga Yusuf dan Alisa sentiasa menjadi anak yang baik dan mendengar kata sebegini sehingga dewasa kelak. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hanis Zalikha, IG Alisa Aisyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen