Connect with us

Artis / Selebriti

” Isteri syurga Cikgu Azlan so cantik lah bila pakai macam ni.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Elly Mazlein memakai shawl curi pandangan ramai. Selalu nampak Kak Lina pakai tudung dengan gaya yang sama, kali ini lain betul bila Kak Lina pakai shawl labuh macam ni. Manis sungguh, nampak lebih muda..

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej berhijab baru-baru ini. Penampilan terbarunya itu menerima pujian dan doa daripada peminat-peminat serta rakan-rakan artis yang rata-ratanya gembira melihat penghijrahan Elly.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly mengenakan shawl berwarna putih. Menerusi video tersebut, Elly tampil anggun dengan gaya shawl yang labuh dan sopan. Sekali lagi, perkongsian Elly itu telah menarik perhatian ramai.

Ramai yang memuji keanggunan Elly mengenakan shawl seperti itu kerana sebelum ini Elly lebih sinonim dengan tudung bawal. Tidak cukup dengan itu, ramai juga menyifatkan Elly kini semakin berseri sejak berhijab. Tidak kurang yang turut mendoakan agar Elly terus istiqamah dan kekal dalam penampilan baharunya itu.

Sehingga kini, perkongsian oleh Elly ini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, lain sungguh wajah Elly apabila mengenakan shawl seperti ini, nampak semakin manis dan ayu sejak berhijab.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Isteri syurga Cikgu Azlan so cantik lah bila pakai macam ni.. Puan sharifah, hari kena kelas geography cancel, hehe.. “

”  Comey dooh ni.  love kita suka.. Kita suka… Ini Salah satu doa kita.. Kita geng sama2 istiqomah kak lina yaa.. “

” Masyaallah tabarakallah cantiknya kak Sharifah kesayangan semua nie… Semoga terus istiqamah kak Sharifah.. “

” Alhamdulillah. MashaAllah.. Tabarakallah. Semoga sentiasa istiqomah.. Sejuk tengok Kaka Lina sekarang.. “

” Lawoooo teruksss lah pengawas sekolah ni.. Aura dia lain mcam eik selepas dah bertudung ni.. Auti nampak muda.. “

“MasyaaAllah tabarakallah cantiknya bidadari dunia ni. InshaaAllah, semoga menjadi bidadari syurga juga sayang.. Amin.. “

” Masyaallah kak lina lagi bertambah cantik sgt sgt semoga Allah permudahkan rezeki kak lina aamiin2..”

Apa-apa pun, memang tak dapat dinafikan, Elly Mazlein kelihatan semakin cantik dan berseri apabila sudah mengenakan hijab. Semoga Elly terus istiqamah serta bahagia dalam setiap langkah kehidupannya dan segala urusannya juga dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Cantik
Glas2glow

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
📰 Berita🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan💻 Teknologi: Teknologi💰 Ekonomi: Ekonomi🎬 Hiburan: Hiburan🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized