Artis / Selebriti
” Jalan jatuh, jalan jatuh. Doakan abang Nazri boleh jalan, duduk dan solat macam biasa.. ” – Kiah Propa

Perkongsian Kiah Propa keadaan suaminya, Mohamad Nazri ketika berada dalam lif menyentuh hati ramai. Sebak tengok Nazri duduk bercangkung macam tu. Semoga terus kuat..
Penyakit kanser leher yang dihidapi oleh suami Kiah Propa semakin merebak dan menyebabkan pipi Nazri membengkak. Nazri juga sukar untuk bergerak dan ianya menyebabkan pergerakannya terhad. Tidak seperti dulu, Nazri perlu sokongan daripada Kiah untuk bergerak.
Meninjau entry terbaru Kiah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan terbaru Nazri. Menerusi video ini dapat dilihat Nazri dan Kiah berada di dalam lif. Nazri tidak mampu berdiri kerana kepalanya sakit dan pening.
Nazri duduk bercangkung sambil memeluk bantal. Sesekali Nazri meletakkan kepalanya di atas bantal. Kata Kiah, Nazri sekarang setiap kali berjalan pasti akan terjatuh. Nazri juga memberitahu dalam video ini supaya Kiah mengurut di belakang bahu untuk meredakan rasa sakit.
Keadaan Nazri ini menyentuh hati warganet. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesakitan yang hanya Nazri merasai, namun dia tetap cuba mengagahkan diri melawan sakitnya itu. Warganet juga menyarankan agar Nazri menggunakan tongkat sebagai sokongan ketika Nazri ingin berjalan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abang kuat insha Allah boleh lawan sakit tu.. kita yang tengok pun rasa sakit yang dia tanggung.. moga abang dan kiah kuat selalu.. “
” Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. semoga Allah angkat kesakitanmu….. dan berikanlah kesembuhan yg tiada lagi sakitnya….. Kun Fa Ya Kun….. Allah Maha Penyayang….. kami akan terus mendoakan buat en nazri dan cik kiah.. “
” Ya Allahh… abg nazri tgh lawan sakit dia tu. kak kiah try cari tongkat yg kaki 4 tu. moga kak kiah dipermudahkan dlm segala urusan menjaga abg nazri. aminnn.. “
” Kak, suruh abg try pakai tongkat. Semoga dipermudahkan segala urusan Aamiin Ya Allah Ya Mujib.. “
” Syafakallah semoga dipermudahkan semua urusan kiah dan abang nazri.. kuat semangat abg nazri.. laju jalannya tu, risau tengok.. “
” Semoga kuat semangat… arwah abah dulu pun kanser sama … berdiri kejap jatuh… tp dia tetap kuat nk bangun nk jalan… diri je jatuh semula… rindu abah.. “
” Allahuakbar kuatkan semangat suami kak kiahpropasebenarr … insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan kesembuhan ye kak. Berat mate memandang berat lagi bahu memikul.. “
Tiada kata dapat diucapkan, namun warganet mendoakan agar penyakit Nazri ini akan cepat sembuh dan Nazri kembali seperti dahulu. Kiah juga memohon agar semua mendoakan agar Nazri dapat berjalan dan solat seperti biasa. Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk Nazri, Insha Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiah Propa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen