Artis / Selebriti
” Jauh lagi perjalanan geng, baru berapa hari couple jadi part time maid.. ” – Dato’ Red

Video Dato’ Red Sedang Mengasuh Anak-Anaknya Ketika Ketiadaan Adira Buat Ramai Terhibur. Dato’ Red Punya Stress Sampai Membebel Tak Berhenti. Tapi Komen Adira Tu Sweet Lah, Bersemut Habis, Hehe !!
Meninjau di akaun TikTok milik bekas suami Adira Suhaimi, Dato’ Red, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan Dato’ Red sedang mengasuh anak-anaknya. Menerusi video tersebut, kelihatan Dato’ Red memakai rambut palsu sambil mendukung anak bongsunya, Ayoub sambil vacuum lantai.
Manakala video kedua pula memaparkan Dato’ Red membuat live sambil mengasuh anak. Tok Red berkata yang dia terpaksa menjaga anak-anaknya kerana Adira sedang shooting drama. Seloroh Dato’ Red di ruangan kapsyen mengatakan baru sahaja beberapa hari couple dengan Adira, dia sudah menjadi part time maid .
Dalam masa yang sama, Adira sempat masuk sebentar live Dato’ Red dan meminta Dato’ Red agar bersabar. Namun, Dato’ Red bertanya kepada Adira, kenapa Adira batal memanggil maid yang sepatutnya datang untuk menjaga anak-anak mereka.
Telatah Tok Red seakan-akan stress telah mengundang tawa warganet yang menontonnya. Ada yang menyakat Dato’ Red dengan mengatakan ini adalah salah satu pengorbanan dalam fasa percintaan yang perlu dilakukan oleh Dato’ Red kerana memilih untuk bercinta dengan janda anak ramai.
Jom tonton video di bawah ini :
@dato..red juah lagi perjalanan geng… 7 jam ke… baru berapa hari kapel jd maid part time #abgred #datored #barubelajar #iditvideo #samtinglikedat #maidparttime
@asfahoney Replying to @fadzidah.70 stress betul papa red 😂 #abgred
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan telatah Tok Red dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Sabar lah tok, ni lah liku2 alam percintaan, haha.. Ai tok baru je pegang vacuum tok, takkn mop pun da ats kpale tu tok, hahahaa makin kelakar lah tok sekarang.. “
” Plug tak ucuk tu tok… Adoi kalau ya pun nk bgtau rajin kemas rumah pun, cover lah skit tipu tu, hahahahahahaa.. Kan dah kantoii Tok, haha.. “
” Hahahaha pertama kali aku dengar tok red bebel tak berhenti punya stress kena jaga anak2.. Hahaha.. Ami gunakan tok red sebaik mungkin lah, cakap sayang, kan.. “
” Kite lelaki walaupun kite betul… Kite tetap mengalah tok… Hahaa bagi jelah perempuan menang, sebab kalau dorang salah pun tetap tak mengaku, hahaha.. “
” Hahaha Tok kena terima sebab tok tengah bercinta janda anak ramai, hahaha.. Pengorbanan tu penting tok, buktikan rasa cinta dekat Ami, hehe.. “
” Kejap je panjang rambut tok,kalau tggu 7 jam ni…Boleh mop lantai dah tu, hahaha.. Baru lelaki tahu kan bukan senang tau nk jaga anak-anak.. “
” Adoi, aku fokus muka baby Ayob jer, confused dia, napa papa aku jadi lagu ni.. Keje aku di tiktok kalau tak gelak nangis , air mata aku masih menitik tp tengok Datuk Red terus gelak terima kasih datuk.. “
Komen Adira :
Alahai komen Adira pun sweet sungguh. Gelagat Dato’ Red menjaga anak-anak dan membebel sambil live di Tiktok bertemankan lebih 20 ribu yang menontonnya mencuit hati ramai. Apa-apa pun, semoga segala urusan Dato’ Red dan Adira sentiasa dipermudahkan dan bahagia bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok abgred, asfahoney
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen