Artis / Selebriti
” Jawapan yang jujur dan humble. Salute lah Fattah.. ” – Komen Netizen

Video Fattah Amin Ulas Digelar Sebagai Duda Terhangat Di Pasaran Raih Perhatian Warganet. Adui Tergelak Fattah Dengar, Tapi Ini Jawapan Fattah Untuk Semua !!
Meninjau entry di akaun Tiktok Ohbulan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah menjawab pertanyaan wartawan mengenai dirinya kini. Fattah ditemui ketika hadir di majlis Malam Gala filem All Access To Rossa 25 Shining Years di Pavilion semalam.
Fattah diminta memberikan komennya apabila digelar sebagai duda paling hot pada ketika ini. Fattah tergelak dan mengatakan dia tidak tahu apa yang harus dikomen mengenai hal tersebut. Fattah juga mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua kerana tanpa sokongan semua, tidak akan ada Fattah Amin yang berdiri teguh seperti sekarang.
Fattah juga disoal mengenai live Tiktok yang mendapat 20 juta likes baru-baru ini. Sekali lagi, Fattah memanjatkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada semua yang menyokong. Tambah Fattah lagi, dirinya sekarang sedang sibuk dengan kerjaya lakonan dan Fatima.
Jadual Fattah untuk shooting drama juga penuh bermula pada bulan November ini. Fattah juga bakal muncul dengan produknya sendiri yang akan memulakan penjualannya di platform Tiktok tidak lama lagi dengan bantuan teamnya. Alhamdulillah rezeki yang Allah turunkan untuk Fattah.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Makin hensem la Fattah 😍✨#ohbulan #fyp #news #fattahamin #duda #hot #syukur #ramai #sokong
Hampir 4000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebu. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Dia dah ada vision, dah ada plan untuk masa depan.. that’s why dia boleh cakap dengan confidence.. selepas hujan adanya pelangi.. tengok melimpah ruah rezeki Fattah.. “
” Lepas cerai 1 aib dibuka tapi Allah tunjuk seribu kebaikan dia rmai yang sayang dia.. dia pun speechless hahaah rezeki bangg.. “
” Duda terpaling hot.. Semoga terus success Fattah.. be strong okies .. Semuga di murahkan rezeki di kuatkan keimanan.. “
” Fattah Amin ni sentiasa merendah diri walaupun di uji . seorang anak yg sentiasa berbakti . semuga Fattah berjaya di dunia dan di akhirat.. “
” Didikan mak pak yg baik. result anak yg baik. So down to earth.. keep it up abamtah.. move forward.. salute lah Fattah..”
” Stay humble as always fattah.. we will support u always.. Semoga Rezeki Fattah mencurah2 aminnn.. “
” Statement paling last tu, ibunya pasti sejuk perutnya bila mendengar. Jawapan yg jujur dan humble. Semoga berjaya fattahaminz.. “
Tidak dinafikan Fattah adalah duda terhangat yang menjadi sebutan ramai di media sosial pada ketika ini. Apa jua yang orang katakan kepadanya, fokus Fattah hanya untuk kerjaya dan Fatima. Semoga Fattah sentiada dikurniakan rezeki yang melimpah ruah serta bahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ohbulan, Tiktok Mstar Official, IG Media Hiburan,
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen