Artis / Selebriti
” Jawapan YB details sangat ni. Tak mungkin kawan je ni, memang betul orang special.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bermain games jawab soalan buat ramai tersenyum sendiri. Alahai sweet betul jawapan masing-masing. Siap bincang jawapan tu paling comel. Segalanya YB Saddiq ingat tentang Bella. Crush betul ye YB, hehe..
Sebut sahaja BASS, semua akan terbayangkan kemesraan dan keserasian antara pasangan duta Primavalet, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah. Kedua-duanya mempunyai chemistry yang kuat antara mereka dan ini membuatkan banyak moment yang tercipta sepanjang kempen Primavalet lekat di hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syed Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq dan Bella bermain games menjawab soalan yang menguji sejauh mana mereka mengenali antara satu sama lain. Banyak soalan-soalan yang disoal oleh wakil Primavalet.
Soalan pertama yang diajukan kepada mereka adalah tempat pertama kali mereka berjumpa. Ternyata YB Saddiq dan Bella menyimpan kemas memori pertemuan pertama mereka itu. Siapa sangka, pertemuan ringkas itu akan mencipta fenomena BASS pada hari ini.
Soalan mengenai makanan kegemaran Bella dan YB Saddiq, masakan pertama yang dimasak oleh YB Saddiq untuk Bella dan hadiah pemberian sesama mereka antara yang disoal. Melihat gelagat mereka berbincang ketika keliru untuk menjawab juga membuatkan warganet tersenyum. Saling melengkapi, begitu sweet sekali.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 63 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” BASS je kita kasi chance boleh bincang jawapan.. kenapa lah pendek sangat video ni.. vitamin hari ni.. “
” Ish sakit mulut kita senyum.. Main game tpi bincang jawapan.. hahahaha… vitamin terawih dia bg mlm² ea.. “
” I is kenot.. Tok imam, tolong kawenkan dema ni cepat.. Owh patut YB rajin pakai cermin mata hitam, Bella bagi ye.. “
” Jawapan YB detail betul.. Details sangat ni. Tak mungkin kawan je ni. Tak mungkin tak mungkin.. “
” Thank you ajar kami belajar cara2 dpt A +.. love this couple vibes .. Kenapa ku tgk mcm dh laki bini.. Haii pls cepat la kawen.. “
” Kalau tidak jadi saya mogok marah dengan primavalet, sebab. Semuanya bermula dengan primavalet.. “
” Laki kalu ingt smua bnda mcm tu mmg betul special orang tersebut.. hati ini ada taman & ketawa sendiri. Gila suda ya.. bella sentiasa di hati ni yb, semua dia ingat pasal bella.. “
” Ya Allah very natural n ikhlas je relay dorg ni.. Main bincang2 pulak.. Aaaaahhh suweetnyerrr, lulus.. moga ade jodoh.. “
Bertambah lebar senyuman peminat BASS dan bertambah gembira semua selepas menonton video ini. Bak komen warganet, teliti sungguh YB Saddiq umpama Bella itu sentiasa di hati. Andai kata ada jodoh, tentu warganet seluruh Malaysia yang akan bersorak gembira.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syed Saddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen