Viral
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil

Video terbaru peguam terkenal, Dato’ Zaharil mempersoalkan sesuatu mengenai report Zara Qairina yang tidak disebut langsung oleh pihak berwajib. Ada sesuatu yang disembunyikan dan perlu dicari untuk petunjuk punca pemergian Zara..
Dato’ Ahmad Zaharil bukan peguam biasa dan beliau cukup terkenal dengan kelantangan bersuara. Dato’ Zaharil juga banyak membantu rakyat biasa dalam memperjuangkan keadilan apabila mereka dizalimi dan dianiayai tanpa pembelaan yang sepatutnya kerana faktor kewangan dan tidak mampu membayar upah peguam.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Saya Zaharil, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Dato’ Zaharil bersuara lagi mengenai kes adik Zara Qairina. Sebelum ini juga Dato’ Zaharil dengan lantang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa dalam menguruskan kes Zara.
Kali ini, Dato’ Zaharil mempersoalkan pula mengenai laporan yang sepatutnya menunjukkan tentang kecederaan yang Zara alami. Kata Dato’ Zaharil, pihak berwajib sudah memaklumkan mengenai inkues dan postmortem l, namun itu adalah selepas pemergian Zara.
Yang perlu dicari sekarang adalah laporan kecederaan Zara kerana ketika Zara dihantar ke hospital selepas didapati jatuh dari tingkat 3, Zara masih hidup. Pastinya akan ada laporan kesihatan yang menyebut secara terperinci apa kecederaannya sama ada patah riuk atau apa sahaja yang sebenarnya terjadi kepada Zara.
Jom tonton video di bawah :
@saya..zaharil
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kami pn pening dh ni pikiaq Dato… nk tgkp pnjenyh budk sek pn susah nk mmpoih.. dato tlg ambil kes ni dato…. rasanya kalau cam ni kes ni akan tutup saja.. “
” SOP klinik atau hospital, kalau ada kecederaan yg mencurigakan, diorang akan buat laporan polis…… ni antara bukti yg disembunyikan.. “
” Kita yg tak belajar undang2 ni pun boleh npk ke kesumbangan/kepelikan dlm kes adik Zara ni, apatah lg org yg tahu undang-undang.. “
” 3 am ke 8am satu tempoh yg lama utk smpai ke hospital. awat depa2 ni mcm baru start keje.. jika datuk zaharil x mention kita pon tlepas pandang bnde ni.. “
” Terbaik…… Datok diatas penjelasan.. Sepatutnya laporan Tu Yang mustahak…. jadi tau lah apa2 keadaan Arwah Tu.. “
” Laporan xde, tangkapan pun takde, apa yg dorang ni buat pun tak tahu lah.. terbaik dato… terima kasih sbb byk membantu dlm kes nie… semoga dato sentiasa di beri kesihan & d murahkan rezeki.. “
” Dengan penerangan dato je kita suma mudah fhm flow kes arwah adik Zara ni… bru kita tau ada yg xkena di sebalik kematian beliau.. “
” Betol.. laporan kcederaan sblom dikebumikan tu mane erk? yg Ade skrg laporan slepas post mortem.. laporan sblom kebumi tu SOP hospital spatutnya.. mane disimpan.. “
Persoalan yang harus diteliti oleh pihak berwajib dan apa yang diperkatakan oleh Dato’ Zaharil ini wajar dipaparkan untuk membantu kes Zara. Terima kasih untuk Dato’ Zaharil kerana banyak maklumat yang diberikan untuk semua memahami apa yang terjadi dan patut dilakukan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Saya Zaharil, Tiktok rkantiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen