Artis / Selebriti
” Jujur terus yer YB depan orang ramai. Takut Bella bila rahsia dah pecah, haha.. “- Komen Netizen

Video Bella Astillah menyakat YB Syed Saddiq menyuruh cari ‘gewe’ Kelate buat ramai terhibur. Terkedu Bella dengar jawapan balas YB. Terus Bella sembunyi belakang yer, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik cikindah0024748, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi, Bella Astillah menyakat YB Syed Saddiq. Menerusi video itu, Bella dan YB Saddiq menghadiri Majlis Perasmian Cik Bakes di Kok Lanas, Kelatan semalam.
Bella berkata kepada orang ramai yang hadir yang YB Saddiq mahu mencari ‘gewe kelate’. Mendengar apa yang dikatakan oleh Bella tersebut, dengan spontan YB Saddiq berkata jika dia mahu mencari ‘gewe Kelate’ , orang sebelahnya (Bella) akan marah.
Kata-kata yang diberikan oleh YB Saddiq tersebut juga membuatkan ramai tertawa termasuk lah Bella. Bukan itu sahaja, Bella sempat sembunyi di belakang pengusaha Cik Bakes kerana malu mendengar jawapan YB Saddiq. Perkongsian video ini juga telah menarik perhatian para peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq).
Ramai yang berseloroh mengatakan jawapan yang diberikan oleh YB itu membuatkan mereka tersenyum dan dalam masa yang sama mereka sudah mengetahui status sebenar hubungan Bella dan YB Saddiq. Sehingga kini, video Bella menyakat YB Saddiq telah menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@cikindahn0024748 Ini apa kawan2 🤣🤣🤣… Kita bukan delulu kannn.. 😆😆… Ahhhhh mau trjun bangunan rasanyaaaaa 🤣🤣🤣🤣 bukan potong kaki dah.. Ntahlaaaa #legitnotfufu #syedsaddiq #bellaastillah #BASS
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh YB Saddiq dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Jujur terus yer YB depan orang ramai. Terus takut Bella bila rahsia dah pecah, haha.. YB dah tak selindung2 dah, jujur terus, hahahahaha.. “
” Adoi YB, penatlah saya karate meja sampai terbelah dua sebab tengok delulu ni.. Hahahaha.. Sampai ke sini rasanya manis tau.. “
” Maksudnya apa kawan-kawan.. Haha dah semua boleh ready book homestay kt muar siap2, haha.. Kita akan merewang besar-besaran.. “
” Aku tutup laaa api kuali rendang nie.. Malas aku nak masak.. Makan je laa org dlm umah nie nasik impit taruk kicap, hahahaha.. “
” Terus rasa kenyang, tak nak makan sebab dah makan vitamin daripada BASS.. Adoiii merah pipi aku tengok video ni, hehe.. “
” Susah berjoke dengan orang jujurkan, haha.. YB ni Jenis jujur betul tak pandai berselindung.. Confirm dah ada jawapan dia siapkan.. “
” Kita manusia mmg sukakan kepastian. Dah ada hint pun masih nak tunggu2 jugak sebuah pengakuan utk kepastian. Tp, cukup lah ni kwn2.. Jujur sgt dah YB ni, hahaha.. “
Bak kata pepatah, kalau ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Andai ada jodoh antara mereka, semoga segala urusan dipermudahkan. Jika tiada, mungkin akan ada jodoh yang lebih baik untuk mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikindah0024748
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen