Artis / Selebriti
” Kalau itu adik aku, Ya Allah.. ” – Aina Abdul

Luah rasa sebak atas apa yang berlaku kepada adik Zara Qairina, Aina Abdul mewakili semua untuk menuntut keadilan buat Zara. Bak kata Aina, tak terjangkau akal fikiran apa yang Zara tanggung..
Kes yang melibatkan pelajar tingkatan 1 di Sabah, arwah Zara Qairina beberapa minggu lalu mendapat perhatian seluruh negara. Ibu adik Zara merasakan pemergiaan anaknya itu ada kaitannya dengan kes buli yang dihadapi oleh Zara semasa berada di asrama sekolah tersebut.
Setelah 3 minggu berlalu, siasatan masih lagi dijalankan dan belum ada sebarang penangkapan dilakukan terhadap suspek kes tersebut. Pelbagai spekulasi tular di media sosial dan warganet melaungkan slogan Justice For Zara demi mendapatkan keadilan untuk anak malang ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aina Abdul, telah dikongsikan luahan hatinya mengenai kes tersebut. Hati Aina merasa sakit mengenangkan apa yang berlaku kepada Zara. Apa yang pelaku lakukan terhadap Zara tidak terjangkau dek akal.
Aina sebagai seorang selebriti yang dikenali ramai menyeru kepada pihak yang mengendalikan kes ini agar berlaku adil dan telus. Bukan hanya keluarga Zara yang inginkan keadilan tetapi juga seluruh negara mahu pelaku dihukum dengan setimpal dan tiada lagi kes buli selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terima kasih ainaa kerana sudah bersuara mewakili kami semua… Moga keadilan buat arwah.. justice for zara.. “
” Sedih case ni.. moga nasib arwah adik zara terbela dan ada keadilan untuk zara.. mohon doa orang ramai agar semuanya berjalan lancar.. “
” Aina is using her platform to the best.. thanks for voicing out.. justice for zara. harap lebih ramai menyuarakan.. moga kematiannya terbela dan semua pembunuh ditangkap segera.. “
” Thank you aina for using your platform to speaking up.. jujur saya dengar pun tak sanggup.. kenapa kejam sangat.. moga keadilan buat arwah.. “
” TQ kak aina sebab sudi ambil berat tentang kes yang berlaku di sabah ini. semoga dapat pengadilan yang sebetulnya amin untuk arwah adik zara.. “
“Terima kasih kak aina berani bersuara., moga segala urusan dipermudahkan untuk kes ini. kita mahu kan keadilan yang seadil-adilnya.. “
” Tq aina kerana bersuara demi keadilan buat arwah zara dan family arwah.. kita perlukan lebih banyak kesedaran tentang kes ini daripada artis lain.. “
Aina menggunakan pengaruh dan popularitinya untuk memberikan lebih kesedaran kepada orang ramai tentang keadilan untuk Zara. Semoga arwah Zara mendapat keadilan yang seadil adilnya dan pelaku yang bersalah akan mendapat pembalasan atas kesalahan yang dilakukan terhadap Zara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aina Abdul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen