Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau you dah bosan dengan husband you, bagitau dia, i nak take over dia.. ” – Komen Netizen

Video respon Anzalna Nasir membidas komen seorang ‘penyondol’ ketika sedang live buat ramai terhibur. Amboi berani betul komen macam tu kat Anzalna. Ini respon Anzalna, siap petik nama Aafiyah anak Tokti lagi, haha..

Meninjau di akaun TikTok milik cikfarahinalimin, telah dikongsikan dua video yang memaparkan pelakon jelita, Anzalna Nasir sedang live di akaun TikTok bersama adiknya, Mia Nasir. Ketika sesi live itu, Anzalna menerima satu komen berani daripada seorang netizen.

Tulis individu tersebut, jika Anzalna sudah bosan dengan suaminya, Hanif, dia bersedia untuk ‘take over’. Membaca komen berkenaan, Anzalna spontan memberikan reaksi seperti mahu marah, namun tetap profesional dan membidas komen itu dengan tenang.

Anzalna menjelaskan bahawa bukan mudah untuk mana-mana wanita menjaga suaminya, dan hanya dirinya sahaja yang benar-benar mengenali siapa suaminya. Bukan itu sahaja, sempat juga Anzalna berseloroh dengan bertanya adakah wanita itu anak kepada penyanyi terkenal, Dato’ Seri Siti Nurhaliza kerana namanya adalah Afiyah.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Meskipun ada yang berasa geram dengan komen yang ditulis oleh individu tersebut, ramai yang tetap terhibur mendengar reaksi dan kata-kata spontan daripada Anzalna. Bukan itu sahaja, video berkenaan turut mempunyai sambungan part 2 yang juga mencuit hati dan menghiburkan hati orang ramai.

Tonton video-video di bawah ini :

@cikfarahinalimin

penyondol cuba take over suami anzalna? #anzalna #anzelhair

♬ original sound – FARA – FARA

@cikfarahinalimin

Replying to @saayangk02 penyondol cuba takeover suami anzalna part 2..

♬ original sound – FARA – FARA

Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur dengan apa yang dikatakan oleh Anzalna. Antara komen-komen tersebut :

” Betul la cakap anzalna tu. Hanya isteri je tahu ‘the real’ perangai suami, while orang luar incl his family cuma tahu luaran je. Orang luar nampak suami kita macam senang nak jaga tapi in reality tak ye.. “

” Relax je Anzalna bidas komen netizen2 tt ni.. Yang penting dia kekal kan cntik & lawak msti ade selit cket.. Muahh love Anzalna.. “

” Wehhh, tersembur air coklat aku part Afiyah awak bukan anak DatoCt kan.. Anzalna ni, dia mula dah drama dia hahahaha ni la kelebihan pelakon.. “

” Kelakar gila bila dua dua in character terus.. Tapi on a serious note janganlah bergurau gitu ekkk tahu malu sikit.. “

” Aku dah nak serius jugak td..  Dah tu terdengar dia ckp “Afiyah… Awak bukan anak dato ct kan” dekah aku weh… “

” Jgn bagi anak dia explain.. Bernanah telinga nnti yg Cuba nyondol tu… Mamy dia pon tergamam .. Apelagi apiyah…. ” You ingat you cantik sgt ke nak ambik daddy kite” contohh.. “

” Ingt kan dia nak sambung, awak ingt senang ke jaga suami kita, nampak kepala je botak tp susah nk jaga, HAHAHAHA.. “

Alahai, siapa lah yang berani menyakat Anzalna seperti itu. Rasanya kenyataan tersebut agak tidak sesuai kerana ianya menyentuh isu yang sensitif. Apa-apa pun, terbaik cara Anzalna mengendalikan situasi tersebut, langsung tidak melenting dan tetap tenang serta profesional ketika membidas komen individu berkenaan.

Silakan SHARE..

Sumber : TiKTok cikfarahinalimin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏥 Kesehatan: Kesehatan💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan📰 Berita🎬 Hiburan: Hiburan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized