Artis / Selebriti
” Kanak -kanak sebaya dia, busy dengan phone tapi this girl, mashaAllah. Fans nombor satu LZJ.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Anak Hairul Azreen, Alisa Aisyah Ketika Menonton Perlawanan Badminton Lee Zii Jia Di Kaca TV Buat Warganet Terhibur. Wah Penyokong Cilik LZJ Ni, Happy Betul Bila Idola Menang. Siap Melompat-Lompat Lagi, Comel Sangat Alisa !!
Anak kedua Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, Alisa Aisyah antara jutaan peminat pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia. Sebelum ini juga, Hairul ada berkongsikan gelagat Alisa ketika Lee Zii Jia mengunjungi Alisa di rumah mereka.
Meninjau entry terbaru Hairul di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Alisa ketika menonton perlawanan Lee Zii Jia di Olympic Games Paris 2024. Alisa kelihatan begitu teruja menonton kehebatan Lee ZiiJia bertarung.
Kemenangan Lee Zii Jia dalam perlawanan itu menggembirakan Alisa. Melompat-lompat kegembiraan Alisa, Hairul dan Hanis pula mengusik Alisa, lagi bertambah keterujaan Alisa. Hairul juga meminta Alisa menunjukkan cara Alisa smash bola tangkis kepada Lee Zii Jia sebelum ini.
Telatah Alisa ini menghiburkan hati warganet. Warganet juga sempat berseloroh mengusik Alisa mengatakan menyuruh Alisa mengajak daddynya ke Paris untuk menonton perlawanan Lee Zii Jia seterusnya. Kalau itu terjadi, Alisa pastinya paling gembira.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 48 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alolololo bestie lee zii jia sorang ni.. comel betul Alisa ni. Malaysia Airline tolong bawak Alisa pergi tengok final please.. ”
” Kanak – kanak sebaya dia, Busy dengan Phone.. Tapi this girl, mashaAllah… Alisa, acik pandai tgk badminton pun time darjah 3/4 mcm tu.. yihhhhhh, comey sangat nihhhh.. ”
” Fan nombor satu LZJ.. i get you alisa, i get u.. fans paling comel ni. 1st terbaca yg LZJ ni berjaya ke suku akhir pertama teringat budak tecik ni.. ”
” Ooo patut la menang ada supporter kuat dekat malaysia.. Nasib baik alisa tk ajak mommy daddy p paris. kot final tiba-tiba dekat stadium paris hehe.. ”
” Crush alisa.. Bunyi tu limited.. Support uncle zii jia for QF Alisa.. peminat comel nombor 1 LZJ ni.. ”
” Pov: support crush.. comel lah ALisa support uncle Lee Zee Jia dari jauh.. semangat Alisa tu dengan kita naik semangat sama.. ”
” Yahhhh LZJ on fire laa.. Amboi Alisa, ini memang penyokong nombor 1 LZJ.. Kesayangan Alisa LZJ ni.. ”
Bukan main lagi penyokong cilik Lee Zii Jia ini, dari jauh pun boleh sahaja beri sokongan pada idola kesayangannya itu. Semoga Lee Zii Jia akan berjaya sehingga ke final dan menggenggam pingat emas untuk negara. Alisa, cepat ajak daddy pergi Paris sokong uncle Lee Zii Jia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen