Artis / Selebriti
” Kata kata yang Jep lontarkan menusuk ke hati aku. Jatuh air mata jantan aku.. ” – Komen Netizen

Video Jep Sepahtu berbicara mengenai hadiah paling bermakna untuk dirinya yang dikurniakan 2 anak istimewa buat ramai sebak. Tutur kata Jep yang sangat menyentuh hati. Jep pun bercakap sambil menahan sebak..
Baru-baru ini, penyampai radio Sinar FM yang juga pelawak terkenal, Jep Sepahtu pernah memaklumkan ketika hari ulangtahun kelahirannya mengenai berita terkini kedua-dua anak lelakinya, Abu Bakr dan Khidir disahkan sebagai autism atau anak istimewa.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Sinar FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan team Pagi Di Sinar berbicara mengenai topik hadiah paling bermakna. Jep mengucapkan rasa syukurnya kerana menjadi insan terpilih yang dikurniakan hadiah anak istimewa.
Tambah Jep, ketika dia menerima khabar tersebut dan disahkan oleh doktor, air mata Jep mengalir tanpa sedar dan ianya tidak dapat disekat. Air mata keluar secara sendirinya, namun Jep tahu ianya hadiah daripada Kekasih yang Maha Agung, mana mungkin dia tidak gembira.
Kata-kata yang Jep ucapkan meninggalkan kesan di hati pendengar. Bukan mudah sebagai ibu bapa untuk berdamai dengan takdir, apatah lagi ia melibatkan anak-anak. Sebak hati seorang ayah, namun Jep sudah pun merancang yang terbaik untuk Khidir dan Abu Bakr.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya anggap ini hadiah, tapi bukan hadiahnya yang saya pandang, saya lebih lihat siapa yang memberi hadiah tu (Allah)”, ayat Jep Sepahtu yang menyentuh hati.. “
” Jep n sari ibu ayah terpilih.. Moga anak anugerah ini menjadi ladang pahala dan saham akhirat untuk jep & sari.. “
” Antara sebab aku respect dengan Jep lagi. Tinggi bahasa jepsepahtu memang boleh reflect pada sesiapa yang dengar. Terima kasih Jep always lahirkan semangat positive dengan penuh keikhlasan.. “
” Semua anak2 adalah hadiah drpd Allah swt tetapi yg ni hadiah paling special buat insan terpilih. Kita pun sebak dengar jep cakap.. “
” Jep ni kalau bercakap tak kosong. Bahasa2 yg dia cakap tu simple tapi deep. Dulu dia pernah cakap “apa je yg diberi di dunia ni sementara,isteri,anak2,harta,sampai masa dia akan ambil semula sebab Dia bagi pinjam je. Sementara diberi pinjam tu,nikmatilah..” bila sy kehilangan seseorang,atau apa saja saya selalu ingat kata2 jep yg ni.. “
” Tidak melihat hadiah itu.. tapi melihat siapa pemberi itu.. Allahuakbar.. kite dgr bunyi mcm tenang.. Tp secara xsedar airmata mengalir juga.. Semoga dipermudah segala urusan jep.. “
” Bila yang mengenal berbicara.. dia mudah untuk berdamai dengan takdir.. cakap tersusun, sebelum cakap dia fikir dulu. ini lah kekuatan dan keistimewaan jep.. “
” Kata kata yang Jep lontarkan menusuk ke hati aku. Bab anak ni aku kalah sungguh. jatuh airmata jantan aku jep.. moga ganjaran pahala untuk Jep sekeluarga.. “
Kata-kata yang cukup mengusik hati semua dan membuatkan ramai menangis mendengarnya. Jep berdamai dengan takdir dan menerimanya dengan hati terbuka kerana semuanya Daripada-Nya. Semoga segala urusan Jep untuk anak-anak istimewanya ini dipermudahkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, Tiktok Sinar, IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen