Artis / Selebriti
” Kau memang gentleman Dato’ Red. Aku dah mula respect cara kau.. ” – Netizen

Video Dato’ Red Menjawab Pertanyaan Tentang Hutang Lamanya Ketika Live Buat Ramai Yang Kagum. Pendirian Dato’ Red Tu Tak Semua Orang Sanggup Buat Macam Ni. Teruskan Usaha, Ramai Yang Sokong !!
Dato’ Red atau nama sebenarnya Dato’ Adnan kini dapat dilihat antara wajah yang popular di aplikasi Tiktok. Menebalkan muka dan menurunkan egonya serendah-rendahnya dengan meminta peluang pekerjaan di media sosial, usaha Dato’ Red itu kini mula menampakkan hasil.
Ramai founder yang memberi peluang untuk Dato’ Red bangkit dan memulakan kembali kehidupan. Dalam Dato’ Red sibuk membuat live sana sini, ramai pula yang muncul mengungkit isu hutang lama Dato’ Red. Meninjau akaun Tiktok Supportdatored, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Red menjawab mengenai hutangnya itu.
Tegas Dato’ Red, memang niatnya bekerja sekarang untuk membayar hutang. Dia tidak akan lari sama sekali dari membayar hutang kerana tahu itu tanggungjawab yang perlu dia selesaikan. Apatah lagi melibatkan hukum agama, Dato’ Red tidak ambil mudah segala hutang lamanya.
Namun ramai yang tidak tahu hujung pangkal dan terus menghukum Dato’ Red membuatkan Dato’ Red terpanggil untuk menjawab. Untuk masa sekarang, Dato’ Red perlukan sokongan daripada semua agar dia dapat melangsaikan hutangnya itu hasil dari segala pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Jom tonton video di bawah :
@supportdatored
Lebih 34 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kau memang gentleman Dato red… aku dah mula respect cara kau… semoga Allah merahmati hidup kamu sekeluarga… Aamiin.. ”
” Kau memang gentlemen bro.. tok red hang mmg power. aku sendiri pun bankrap tp x mampu utk buat mcm hang buat. pd aku skrg ni hang lah idola aku. semoga hang sukses tok red.. ”
” Dato trsenarai dlm orang-orang yang berani mengakui kesalahan, salute dengan dato.. apa salah bagi peluang, inshallah dipermudhkn sobat.. ”
” Kalau aku ada berjuta mmg aku baya dlu hutang dorg ni. dia da mmgaku kesilapan dan mengaku brhutang. sabo la.. bagi peluang la. macam dia takde hutang je yang kecoh sal hutang tu.. ”
” Kira bagus niat dia nak bayar. setengah tu dia cabut dah.. bagi dia masa, dia dah janji nak bayar kan.. kita bagi la sokongan.. ”
” Tak ramai org berhutang akan buat mcm dato red ni, dia ngaku dia berhutang, dia ada niat nak bayar, sbb tu rezeki ni murah skang.. ”
” Bagi peluang pada dia insya allah .. DOA yang baik2…. semoga Dato’red blh bangkit balik dr kejatuhan. semoga Dato d limpahkn rezki yg mengalir sperti ayer Zam2 yg ta putus2 Aamin salute sma dato.. ”
Bukan mudah hendak menyelesaikan hutang yang berjuta-juta nilainya. Semoga segala usaha Dato’ Red sekarang boleh meringankan bebanan hutang ada. Untuk sesiapa yang ada berkaitan dengan isu ini, harap diberi ruang untuk Dato’ Red mencari wang dan semuanya dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Sama-sama kita sokong business Dato’ Red sekarang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Supportdatored
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen