Artis / Selebriti
” Kelakar la Atu buat macam tu. Nabila pula tahan nak ketawa, haha.. ” – Netizen

Video Atu Zero Memberikan Sejambak Bunga Kepada Nabila Razali Di Atas Pentas Sebagai Tanda Minta Maaf Raih Pujian Ramai. Wah Gentleman Lah Atu, Tapi Lawak Betul Gaya Atu Sampai Pecut Lari Eh. Nabila Pun Nasib Tak Tersembur Gelak, Haha !!
Sebelum ini, tular diperkatakan oleh warganet apabila Atu Zero memberikan komen dalam rancangan The Masked Singer Malaysia mengatakan Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara live. Walaupun itu hanyalah sekadar gurauan, namun nyata Nabila terasa hati dengan kenyataan Atu.
Menurut Portal Mstar, Nabila terkilan kerana ianya dijadikan bahan jenaka oleh Atu. Tidak mar4h namun hanya kecew4, itu yang dikatakan oleh Nabila. Isteri Atu juga ada memohon kemaafan secara terbuka di Instagramnya dan mengatakan Atu hanya berjenaka dan tidak mempunyai niat lain.
Setelah lebih sebulan berlalu, kini Atu dan Nabila berkesempatan untuk bersemuka. Meninjau akaun Instagram Oh My Media, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Atu memberikan sejambak bunga kepada Nabila di atas pentas.
Ianya adalah sebagai tanda meminta maaf di atas ketelanj0ran katanya sebelum ini. Apa yang mencuit hati adalah gelagat Atu itu. Selesai memberi bunga, Atu memberikan tanda hormat kepada penonton dan terus pecut lar1 ke belakang pentas. Alahai m4lu ke apa tu Atu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kelakar la atu bt gelagat mcm tu haha.. syabas atu gentleman nk berbaik, nabila pula tahan nk ketawa.. “
” Comel masing-masing, terbaiklah Atu. Boleh dijadikan contoh ni. Gentleman, merendah diri bukan bererti kalau.. “
” Atu kadang apa yg dia sampai kan bukan niat Pape pun.. dah nabila kecik hati nk buat camana.. atu pun tak suka gak nya nk bermasam muka sesama artis Pape pun terbaik atu.. “
” Terbaiklah Atu. Alhamdulillah, tak rugi kita merendah diri dengan meminta maaf kan… menghiburkan haha.. “
” Alhamdulillah… suka sangat nengok cmni. Semua orang buat silap… yang penting dia dah minta maaf.. “
” Alhamdulillah.. semuanya berakhir dgn baik.. Semoga Atu dan nabila.razali dimurahkan rezeki dan dikurniakan kejayaan demi kejayaan.. lawakla tengok atu lari tu haha.. “
” Nabila ok2 je tu.. dia positif je walau org2 kata mcm2 dkt dia.. saya suka sikap nabila .. sbb tu dia makin maju je.. girlpower.. nabila punya tahan la gelak haha.. terhibur tengok Atu dan Nabila ni.. “
Alhamdulillah, nampaknya semua berakhir dengan baik dan kembali berdamai. Atu wajar dipuji kerana berani meminta maaf atas kes1lapannya. Apa-apa pun, semoga Atu dan Nabila terus success dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Oh My Media, Portal Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen