Artis / Selebriti
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen

Video ucapan dan pesanan khas abah Amira Othman ketika di Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira buat ramai tersentuh. Deep sungguh kata-kata abah Amira, menusuk sampai ke hati. Menangis Amira, Fattah pula tahan sebak..
Beberapa jam yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman di Persada Johor. Majlis ini berlangsung dengan gilang gemilang dan ianya mengekalkan suasana Islamik sebagai intipati majlisnya. Dimulai dengan selawat oleh adik-adik Amira, Irfan Haris dan Haiqal, suasana majlis ini cukup menenangkan hati.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Oyen_official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seluruh keluarga Amira berkumpul di depan pentas dan memberikan ucapan untuk pengantin baru ini. Abah Amira mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan pesanan untuk kedua mempelai.
Ikhlas daripada hati seorang ayah, ucapan abah Amira mengundang sebak di hati warganet. Bait-bait kata Abah Amira tersusun indah dan pesanannya agar Amira dan Fattah sentiasa tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga menyentuh hati ramai.
Kedengaran bergetar suara abah Amira menahan sebak ketika menyampaikan pesanannya itu. Amira pula tidak dapat menahan air mata dan menangis di atas pelamin. Fattah setia menggenggam tangan Amira dan jelas kelihatan wajah Fattah juga menahan sebak. Pesanan yang berguna untuk Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@0yen_0fficial Biar kita miskin harta janji kaya budi bahasa…🥺🥺😢😭 #fattahamin #amiraothman #resepsi #johor #fyp
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam ni lah.. baru keluarga yang mengamalkan penuh nilai hidup Islam.. sekarang jelaslah Amira orang yg baik budi bahasa lahirnya daripada seorang abah yg juga begitu.. “
” Biar kita miskin harta tapi kaya budi bahasa.. Siap doakan agar tangan yg menerima lebih baik dari tangan yg melepaskan.. Allah.. deep sgt ayat ni.. humble semua ayat2 abah Amira.. “
” Kenapa aku pun keluaq air mata ni… betul-betul terkesan dengan pesanan abah amira.. Fattah pun nampak menahan sebak di dada dengar ucapan abah.. “
” Part paling sedih bila abah beri ucapan. Kalau ada xpuas hati simpan dulu smpi esok pagi buat kopi untuk suami baru luahkan. betapa abah mengajar Amira supaya sentiasa menghormati suami.. “
” Deep, sedih dan ada tauladan dalam ucapan bapa Amira.. Saya pun sedih abah. nasihat berguna untuk kami juga. Kalau marah suami, simpan dulu. Esok pagi buat kopi, luahlah sepuasnya rasa hati.. “
” Bagusss ayah Amira beri nasihat pada kedua mempelai… jgn kata nanti mak ayah x beri nasihat kemudian hari. Fatah ingat ni perkahwinan ke2 mesti lebih baik dan kuat dari sebelumnya. pimpin Amira dan kga akan datang hingga ke syurga.. “
” Bagusnyaaa ayah dia, patutla Mira cakap semua apa yang dia cakap adalah apa yang ayah dia selalu ajar. Hebat adab budi pekerti pakcik. Saya kagum.. “
Kata-kata nasihat daripada seorang ayah untuk anak dan menantunya yang membuatkan air mata warganet turut tumpah bersama. Tinggi harapan Abah Amira agar Fattah akan menjaga Amira lebih baik daripada yang telah mereka lakukan. Semoga Allah merahmati perkahwinan Amira dan Fattah ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Oyen_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen