Artis / Selebriti
” Kesian dia, hari ni dia banyak muntah. Makan pun saluran makan sempit.. ” – Kiah Propa

Perkongsian Kiah Propa keadaan suaminya, Mohamad Nazri sebelum dibawa ke IKN buat warganet tersentuh. Sedihnya tengok keadaan Nazri. Semoga Kiah pun kuat juga..
Umum mengetahui yang usahawan dan pelakon, Kiah Propa telah pun kembali menikahi mantan suaminya, Mohamad Nazri pada bulan November yang lalu. Semua juga tahu Nazri kini sedang menderita penyakit kanser leher yang mana telah pun merebak sehingga ke paru-paru.
Bukan mudah untuk Kiah memikul tanggungjawab tahkala Nazri tidak berdaya untuk melakukan apa-apa kerja. Berkejar-kejar juga Kiah untuk menguruskan perniagaannya, anak-anak dan menjaga Nazri. Semakin hari, sel kanser Nazri semakin aktif dan kansernya sudah berada pada tahap 4.
Meninjau entry di akaun Instagram Kiah Propa, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Kiah dan Nazri bermalam di dalam kereta sekitar Putrajaya. Ini kerana mereka mahu memastikan temujanji Nazri di IKN pada jam 8 pagi keesokan harinya tidak terlewat.
Kiah turut menunjukkan keadaan Nazri yang sedang terbaring dengan wajahnya di bahagian pipi membengkak. Besar harapan Kiah agar ada harapan untuk Nazri sembuh seperti dahulu. Luarannya Kiah memang nampak gembira dan suka ketawa tetapi dalamannya, Kiah menangis sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Kiah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah…. berikanlah kesembuhan pd en nazri…… berikanlah dia kekuatan dlm menghadapi ujianMu ini…… hilangkanlah kesakitannye Ya Allah….. dan berikanlah kesihatan buat cik kiah….. kuatkanlah dia…. Aamiinn.. “
” Jaga org sakit mental kene kuat. Semoga dipermudahkan segala urusan kak Kiah.. kami doakan suami kiah sembuh seperti sediakala.. “
” Semoga permudahkan segala urusan kesihatan suami kak kiah. Isteri saya juga bekas pesakit kanser semasa time covid melanda. IKN dh jadi rumah ke 2 masa tu seksa PKP pula. Alhamdulillah isteri sihat dan kanser tiada lagi tetapi still check setiap bulan utk memastikan tiada lagi kenser dlm badan. Kita kena kuat kak kiah. Insyaallah Allah bersama kak kiah n kak kiah senantiasa sihat.. “
” Kakak kuat.. Semoga abang diberikan kesembuhan dan dilimpahkan rezeki berganda buat akakkk.. “
” Semoga Allah beri kesembuhan buat Abg Nazri dan semoga Allah permudahkan semua urusan Kak Rock sekeluarga.. “
” Semoga kiah diberikan kekuatan untuk terus berjuang dan moga diberikan kesembuhan dan diringanjan kesakitan suami tercinta. Aminnn.. “
” Semoga kiah terus tabah dan kuat dgn ujian dariNya…. Sy tumpang sedih ats kesedihan awak.. “
” Semoga segala penat lelah kau digandakan pahalanya kak. Bertabah di atas segala ujian utkmu kak… syafakallah utk abg. Kau kuat kak.. “
Setiap orang ada ujian masing-masing dan ini ujian yang Allah berikan untuk Kiah dan suami. Ramai yang mendoakan agar Nazri kembali sembuh. Moga ada antara doa-doa ini yang akan diangkat oleh-Nya. Terus kuat Kiah untuk sama-sama berjuang bersama suami.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiah Propa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen