Artis / Selebriti
” Kita percaya pada dia, makna dia tahu apa yang dia nak buat.. ” – Ibu Fattah Amin

Video Throwback Ibu Fattah Amin bercerita mengenai sikap Fattah di rumah. Alahai lembutnya ibu Fattah, soft spoken sangat. Tak lekang senyuman di bibir. Sempat lagi Fattah suruh mak dia cakap yang dia anak yang baik, haha..
Umum mengetahui pelakon dan juara Hero Remaja iaitu Fattah Amin baru sahaja bergelar seorang duda selepas bercerai dengan pelakon serta usahawan, Nur Fazura. Semenjak kes penceraiannya, istilah ‘ada Fattah Amin untuk dihalalkan’ telah menjadi buah mulut ramai di media sosial.
Selain itu, pelakon Fattah Amin juga digelar sebagai ‘duda hot’ kerana sudah kembali berstatus solo. Menerusi rancangan Melodi baru-baru ini, Fattah Amin ada tampil memberi respon berkenaan dengan usikan tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana sentiasa memberikan sokongan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram The FA Team, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan temubual Fattah bersama kedua ibu bapanya. Menerusi video itu, ibu Fattah, Puan Azizah Abdul Ghani berkongsi cerita mengenai sikap Fattah di rumah.
Akui ibunya, Fattah adalah anak yang baik dan sikapnya sejak dahulu lagi seorang yang pendiam. Ibu dan ayah Fattah juga sering mengingati dan memberikan nasihat kepada Fattah dalam apa jua hal. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai dan sehingga kini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ibu fattah memang baik okay. Rendah je orangnya, tapi mudah mesra. Saya pernah pergi open house rumah diorang dulu, borak dengan mak dia. Sangatlah baik walaupun first time jumpa.. “
” Walaupun fattah femes, tak pernah tgok pun keluarganya gunakan namanya untuk femes.. Keluarganya sangat² merendah diri.. “
” Alhamdulillah syukur, cukuplah ada syurga yang sentiasa mendoakan perjalanan hidup anak-anaknya, doa yang cukup ampuh, mustajab agar sentiasa berada di dalam redha Allah SWT.. “
” Ibu FA cool ever.. Smiling murah rezeki ciri² wanita solehah.. Tahu dah Fatima ikut muka sapa.. Copy paste nenek lah.. Comel sangat neneknya pun.. “
” Ibu dgn ayah pun pemalu jg kan.. Alhamdulillah anak yang soleh.. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Fattah sekeluarga.. Aamin.. “
” Nampak aura makayahnya couple yg sejuk mata memandang mereka berdua. Itu sebab Fatah mempunyai budi pekerti yg baik. Rezekinya melimpah ruah slps berpisah.. “
” Tengah muka ibu & bapa Fatah yg senyum setiap kali menjawab soalan dng senyum , patut lah anak nya baik , semoga keluarga Fatah selalu dlm Rahmat Allah AmiinYRA.. “
Sesungguhnya kasih ibu itu membawa hingga ke syurga. Di sebalik kejayaan seorang anak bernama Fattah Amin ini, pastinya akan ada terselit doa mustajab daripada ibunya sendiri. Apa-apa pun, semoga Fattah terus kuat dalam mengharungi ujian dan segala urusannya selepas ini sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG thefa_team, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen