Artis / Selebriti
” Kita yang blushing tengok video ni. Yang last tu macam dating real eh.. ” – Komen Netizen

Launching official music video untuk lagu terbaru Amira Othman berjudul Bila Nak Kahwin buat ramai teruja. Wah akhrinya terurai semua teka-teki, betul lah Fattah Amin ‘dating’ dengan Amira. Sampai ke London, sweet sangat..
Desas desus mengenai pelakon dan penyanyi, Fattah Amin dan Amira Othman hangat diperkatakan oleh wargamaya. Lebih membuatkan warganet berteka-teki apabila hantaran Fattah dan Amira saling berkait antara satu sama lain dan ianya direstui oleh peminat-peminat.
Warganet mula menghidu ianya adalah gimik untuk lagu Amira apabila posting Amira ada menyebut mengenai tarikh 10.01.2025. Tekaan warganet benar dan Amira keluar dengan lagu barunya berjudul Bila Nak Kahwin. Hari ini Amira melancarkan lagu barunya itu dalam sebuah majlis.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika tetamu yang hadir ke majlis itu menonton music video Amira. Babak ketika Fattah Amin muncul dalam MV tersebut disambut dengan sorakan.
Babak lakonan Fattah dan Amira itu membuatkan ramai yang tersenyum sendiri. Cuma beberapa minit sahaja tetapi dapat dilihat keserasian antara Fattah dan Amira. Jauh sungguh Amira shooting MV sampai ke London. Memang betul-betul surprise untuk semua.
Jom tonton video di bawah (tonton official music video penuh di hujung artikel) :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha sampai ke london pun kena tanya lagi. Btw, nice song!Boleh pasang lagu ni pagi raya nanti ni.. “
” Best untk lagu orng2 single yg rimas dgn soaln bila nak kwin.. tapi kan Hint ke apo ni korang berdua haha.. “
” Agak dh gimik je nk kenen2 ngan fattah amin & amira othman ni.. Blushing smpi ke n9 haha.. yg jerit tu sabor.. “
” Kenapa tengok gini kita senyum.. serasi sangat. Tu yang tak boleh rilek masing-masing.. sepadan bagai pinang dibelah dua.. “
” Semoga berjodoh blushing weh tengok.. macam drama Rona Bhosporus pulak.. sengih sorang ni.. “
” Kahwin je lah… kita yang blushing tengok video ni… marketing tip top… tunggu Jakel dengan PMW pulak.. “
” Ecece nk bagi hashtag baru lah.. Sila cepat kahwin.. Secucuk ni tengok.. yg last tu macam dating real eh.. “
Ramai yang excited melihat penampilan khas Fattah dalam MV Amira ini. Secocok dan lagi membuatkan warganet blushing menonton sehingga ke hujung video. Walaupun hanya sekadar lakonan, cukup menggembirakan hati warganet. Kalau berjodohan pun apa salahnya betul tak, baru lah orang tidak bertanya ‘ Bila nak kahwin’.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hlive, Youtube Channel Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen