Artis / Selebriti
” Lagu apa hang nyanyi tu Jebat.. ” – IG Srikandi79

Video Gelagat Jebat Jayden Sedang Menyanyi Lagu Kesukaannya. Amboi Jebat, Lagu Patah Hati Dia Menyanyi, Tapi Ceria Siap Dengan Gaya-Gaya. Part Masa Dalam Kereta Tu, Begitu Je Respon Jebat Bila Sharnaaz Suruh Menyanyi, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik Srikandi79 telah dikongsikan dua video baru yang memaparkan gelagat anak Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden. Menerusi video pertama, Jebat sedang menyanyi sebuah lagu kesukaannya sambil menari girang.
Kedengaran lagu yang dinyanyikan oleh Jebat adalah bertajuk ‘Aku bukan jodohnya’ nyanyian asal oleh penyanyi daripada negara jiran, Tri Suaka yang pernah menjadi viral sebelum ini. Difahamkan video itu diambil menerusi IG story milik Noornabila.
Manakala video kedua pula memaparkan Jebat keluar bersama babanya dan mereka berada di dalam kereta. Sharnaaz meminta Jebat untuk menyanyikan sebuah lagu ‘Semangat’. Namun Jebat tidak berkata apa-apa dan dia hanya memberikan senyuman kepada Sharnaaz.
Alahai Jebat, pandai rupanya menyanyi, siap dengan gaya-gaya lagi. Comel betul anak Sharnaaz yang seorang ini. Maka tidak hairanlah walaupun baru sahaja usia 5 tahun lebih, Jebat mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembanganya dari semasa ke semasa.
Tonton video di bawah ini :
Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mewujudkan satu akaun Instagram buat Jebat yang kini sudah mempunyai 464 ribu pengikut. Banyak gambar-gambar dan video momen sejak Jebat dilahirkan sehingga lah sekarang dikongsikan buat tatapan umum.
Meskipun Sharnaaz dan Nabila tidak lagi bergelar pasangan suami isteri, mereka tetap bersahabat baik demi membesarkan anak tunggal mereka dan sikap mereka itu turut mendapat pujian ramai. Seperti sebelum ini, Sharnaaz serta Nabila pernah pergi bercuti bersama membawa Jebat ke luar negara.
Silakan SHARE..
Sumber : IG srikandi79
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen