Artis / Selebriti
” Lain betul lagu ni bila Hannah cover. Ada tone tersendiri, alunan pun lunak merdu.. ” – Komen Netizen

Video Hannah Delisha Menyanyi Lagu Dealova Secara Live Raih Pujian Ramai. Fuh Meremang Dengar Suara Hannah Ni. Lain Terus Sampai Lupa Penyanyi Asal. Padu Lah Suara Hannah !!
Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik bernama Hannah Delisha. Hannah berasal dari negara jiran Singapura sangat popular sebagai pelakon di Malaysia. Selain lakonan, Hannah juga berbakat menyanyi dan mendapat tempat keempat dalam rancangan realiti The Masked Singer Malaysia 2.
Selain itu, Hannah juga pernah menjayakan medley AJL35 dan menyumbangkan suaranya untuk beberapa buah lagu. Meninjau entry di akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hannah berada di konti Radio Era. Hannah menyanyikan lagu Dealova dan diiringi petikan gitar.
Hannah tidak pernah mengecewakan dan dendangan suaranya untuk lagu ini sangat berbeza dengan penyanyi lagu asal. Lenggok suara Hannah sememangnya sedap didengar dan ada auranya tersendiri. Memetik komen warganet, Hannah memiliki pakej lengkap dari segi rupa dan bakat.
Untuk rekod, Hannah pernah keluar dengan single solo sendiri berjudul Anugerah, Esok Masih Ada dan Tak Perlu Kata Apa-Apa sekitar tahun 2015 sehingga tahun 2017. Selepas itu , Hannah banyak mendapat tawaran lakonan yang membuatkan Hannah lebih fokus kepada dunia lakonan.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Merdunya suara @Hannah Delisha nyanyi lagu ni 🥹 Memang pakej lah Hanna Delisha ni semua dia tapau! 😭💚 Kami pun nak jadi mimpi indah Hanna, boleh ke ? 🫣 #ERARadioNo1PalingLegit #fyp #dealova #cover #acoustic #hannahdelisha #galaubrutal #sendu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Harap Hannah Delisha masuk Gegar Vaganza nanti.. Pakej lengkap Hannah ni.. Lawa, pandai menyanyi lagi. Aishhh.. ”
” Sedap betul suara, tapi tak faham kenapa dia tak de record lagu baru lagi ek.. lawa gila Hanna Delisha.. ”
” Ya ampun muka cantik, suara pun sedap.. lain betul lagu ni bila Hannah cover.. ada tone tersendiri. alunan pun lunak merdu.. ”
” Merdunya suara girl crush saya ni. Aduh saya suka betul suara dia.. perfect nya dia ni. Full package.. ”
” Jarang tengok perempuan muka cantik suara sedap.. Suara Hannah ni unik.. masak player guitar tu.. sempoi.. ”
” Cantik, soft spoken, suara sedap, suka tengok.. Suara dia .. meremang.. klu ad composer yg leh bikin lagu berhantu bg kat dia.. konfirm boom.. ”
” Pakej betul Hannah ni.. gifted.. cantik dan suara sedap.. Hannah ada cara nyanyi trsndiri kan best je dengar.. ”
Merdu dan gemersik sungguh suara Hannah ini. Hannah tidak perlu meniru suara asal penyanyi lagu ini kerana Hannah ada lenggoknya tersendiri untuk membuatkan lagu ini lebih sedap didengar. Semoga satu hari nanti Hannah akan keluar dengan single yang baru.
a
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen