Artis / Selebriti
” Lain macam hadiah kahwin ni. Lain dari yang lain.. ” – Netizen

DS Mahadi BZ Kongsi Cerita Hadiah Kahwin Daripada Sahabatnya, Dato’ Hj Mohamed Aswan. Wah Bukan Kaleng Kaleng Hadiahnya. Alhamdulillah, Murah Rezeki !!
Rata-rata peminat sehingga ke hari ini masih lagi seperti tidak percaya Heliza Helmi sudahpun bergelar isteri kepada Dato’ Seri Mahadi BZ. Masih lagi dalam mood pengantin baru, pasangan ini baru sahaja selesai menyempurnakan majlis resepsi mereka di Pulau Pinang.
Rupa-rupanya ada kisah di sebalik majlis resepsi yang berlangsung di The Light Hotel Penang ini. Menerusi akaun Instagram DS Mahadi BZ, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan cerita tentang rakan baik DS Mahadi iaitu Dato’ Haji Mohamed Aswan.
Memberitahu ingin memberikan hadiah perkahwinan buat DS Mahadi dan Heliza, majlis resepsi inilah hadiah untuk pengantin baru. Terkej0t juga DS Mahadi dengan cara rakannya ini, bukan biasa-biasa hadiah kahwinnya.
Tidak itu sahaja, pasangan mempelai ini juga bakal diraikan dalam satu lagi majlis resepsi yang akan dilangsungkan pada hari Sabtu ini. Ini pula adalah hadiah istimewa daripada sahabat Heliza, Mila Jirin. Ramai sungguh yang sayang pada pengantin baru ni, Alhamdulillah rezeki.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian oleh DS Mahadi ini telahpun mendapat lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah, murah rezeki Dato’ Seri Mahadi dan KakJa. Semoga bahagia sampai syurga sweet couple.. “
” Alhamdulillah, pasangan yang baik dan hebat masya Allah, dapat ‘ hadiah ‘ yang hebat-hebat juga dari sahabat-sahabat yang hebat. Lain dari yang lain. Allahuakbar.. “
” Alhamdulillah murah rezeki sangat, melimp4h ruah lepas kahwin. Orang baik ramai yang sayang, rezeki dari Allah.. “
” Syukur Alhamdulillah, rezeki tak dijangka buat dato’ seri dan datin seri. Lain macam hadiah kahwin ni. Murah rezeki pengantin baru ni.. “
” Alhamdulillah syukur, seronok bestnya dapat hadiah besar-besar. saya dapat berangan pun Alhamdulillah hehe.. “
” Alhamduliah rezki yg tak terduga.. dr pd jodoh, hadiah lumayan yg tak di sangka. pasti org beri hadiah jug pd syg dan kagum dgn mempelai ni. Alhmdulilah syukur kerna d kelilingi org baik-baik.. “
Orang baik ramai yang sayang, ini memang perumpamaan yang sesuai untuk DS Mahadi dan Heliza. Beruntung mempelai ini mempunyai sahabat yang menghargai dan menyayangi mereka. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar dan happy selalu sweet couple.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mahadibz, Heliza Helmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen