Artis / Selebriti
” Lama tak tengok atoknya. Seronok tengok tok haji datang sekali.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri berkumpul dan iftar bersama keluarga, kelibat bekas suami bonda Rozita Ibrahim, Abang Haji raih perhatian ramai. Wah lama tak tengok Abang Haji, happy semua anak dan cucu dapat jumpa atok daddy..
Dapat berkumpul beramai-ramai dan berbuka puasa bersama salah satu keinginan ramai orang. Bukan mudah untuk mengumpulkan semua kerana masing-masing ada tugasan hakiki dan jadual yang padat. Ramadhan ini Dato’ Alif Syukri teruja apabila dapat berbuka puasa bersama adik beradik dan ayah tirinya.
Meninjau entry di akaun Instagram Aliff Syukri, Yatie Kmrzmn dan Maryam.nur.imani, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar yang memaparkan mereka sekeluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Ianya juga turut disertai oleh mantan suami bonda Rozita, Saiful Anuar atau digelar abang Haji.
Majlis ini dianjurkan di rumah Dato’ Aliff dan pelbagai juadah disediakan untuk semua menjamu selera. Kemesraan dan keakraban yang dipaparkan antara Abang Haji bersama anak-anak dan cucu-cucunya meraih perhatian warganet. Ramai yag tersentuh melihat suasana itu.

Perpisahan yang terjadi antara Abang Haji dan Bonda tidak memudarkan kasih sayang sesama mereka. Semua kelihatan gembira apabila dapat bersama abang Haji. Penampilan adik beradik dan anak-anak Dato’ Aliff dan Yatie yang sopan juga mendapat perhatian ramai.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Lebih 20 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulilah… daddy tak sunyi & sentiasa ada bersama anak2.. in sha allah semuanya baik2 sahaja.. walau daddy dulu muka paling ketat & tegas.. sekarang lebih santai melayani kerenah anak2 & cucu2.. “
” Bertuah atok semua cucu, anak sayang. best atokk everr ehhh.. Masha Allah. Senang nampak kluarga ni bila dh berkumpul.. “
” Seronoknya berkumpul ramai2. Daddy pun ada. Semua syg atok dia.. hehehe atok masih disygi anak dan cucu2.. bgus u yati i suka tgk live u.. “
” Alhamdulillah atok daddy tk sunyi.. sentiasa di kelilingi ank² dn cucu².. semua syg atok daddy. Meriah, Alhamdulillah seronok tgk dpt berkumpul mcm ni.. “
” Alhamdulilah atok daddy berkumpul dgn ank cucu, terbaik.. lain aura atok daddy. suka tenguk darii dulu.. muka ketat tapi baik hati.. “
” Suasana begini yg Kita suka… wlpun jodoh bapa tiri x pjg… hubungan kekeluargaan terjalin erat. Alhamdulillah.. Atok daddy nmpak Happy anak menantu cucus sayanggg. Alhamdulilah.. “
” Lama tak tengok atoknya.. seronok tgk tok haji dtg sekli.. dtg ngn anak2.. Kita plak rindu suara atok daddy menyakat……. happy family.. “
Ukhuwah yang terjalin erat ini menyenangkan hati semua yang menonton video perkongsian Yatie dan Amani. Kasih sayang tidak akan pernah putus dan sampai bila-bila pun akan ada antara abang haji dengan anak-anak dan cucu. Semoga berbahagia selalu untuk seluruh keluarga ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatie kmrmzn, IG Maryam.nur.amani, IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen


