Artis / Selebriti
” Lambang New York takde obor. Tiba-tiba rasa nak google check rambut Statue of Liberty, haha.. ” – Komen Netizen

Video Sedutan Babak Dalam Drama Cinta Pedia Lakonan Bell Ngasri Dan Marsha Milan Buat Warganet Terhibur. Boleh Pulak Bell Samakan Rambut Marsha Dengan Rambut Statue Of Liberty. Serius Lawak, Berdekah Gelak, Haha !!
Drama Cinta Pedia pernah ditayangkan pada bulan Januari 2020. Drama ini merupakan drama parodi percintaan pecah perut bersama pakar doktor cinta yang cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah rumit dan remeh tentang percintaan.
Drama ini dibintangi oleh Bll Ngasri, Marsha Milan, Jasmin Hamid, Amar Asyraf, Amyza Aznan dan ramai lagi. Setiap episod mempunyai masalah percintaan yang berbeza-beza. Kini drama Cinta Pedia kembali diulangtayang menerusi TV1 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 2 petang.
Menerusi akaun Instagram, Darling Ngasri berkongsi sedutan salah satu babak lakonan Marsha dan juga Bell Ngasri. Apa yang mencuit hati adalah Bell telah menyamakan rambut Marsha seperti lambang New York tetapi tiada obor (Statue of Liberty).
Ditambah lagi dengan mimik muka Bell dan Marsha yang kelakar serta penjiwaan watak komedi yang berkesan, babak ini sememangnya pasti akan membuatkan penonton berdekah ketawa. Selayaknya Bell dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang popular ABPBH35 kerana berjaya menghiburkan kita sejak dari dulu lagi.
Tonton video penuh di bawah :
Perkongsian ini membuatkan warganet terhibur. Ada yang turut mencari semula gambar Statue of Liberty untuk membandingkan dengan gaya rambut Marsha dalam drama ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Tiba2 nak gugel check rambut statue of liberty.. haha.. lambang new york xde obor.. Ini dlm skrip ke.. “
” Mcm pegawai khidmat singkat.. Hahahaha… adehhhh.. Nak tengookkk.. Tak ada siaran ulangan ke bellngasriofficial.. “
” Marsha layak dicalonkan artis komedi popular ABPBH37.. “
Sekadar info, drama Cinta Pedia ini mempunyai 13 episod. Antara episod yang ditayangkan adalah mengenai cinta bertepuk sebelah tangan, cinta scammer, cinta kawan makan kawan, cinta materialistik, cemburu buta, cinta terhalang dan banyak lagi.
Bagi yang ingin mengikuti drama parodi percintaan komedi ini, boleh lah menonton di TV1. Pastinya anda tidak akan kering gusi dan bergelak ketawa menonton lakonan mantap dan mencuit hati oleh Bell Ngasri, Masha Milan dan semua pelakon yang lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Darling Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen