Artis / Selebriti
” Lawa anak dara Aidid ni, macam versi Norzie muda dulu.. ” – Komen Netizen

Video Aidid Marcello Merakam Gelagat Anak Sulungnya, Alyea Nai Lina Mendapat Lesen Memandu P Buat Warganet Terhibur. Adui Ayahnya Pun, Penceritaan Dah Macam Drama Akasia. Cantik Anak Dara Aidid Ni, Copy Paste Norzie Sangat !!
Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek adalah personaliti TV3 yang pernah membuat seluruh negara teruja menyaksikan majlis perkahwinan gilang gemilang mereka. Antara pasangan personaliti yang mendapat tajaan dan liputan meluas, mereka juga dikatakan sebagai pasangan serasi dan sepadan.
Berbelas tahun sudah berlalu dan pasangan ini dikurniakan beberapa orang cahayamata. Menerusi perkongsian Aidid di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Aidid merakam gelagat anak sulungnya, Alyea Nai Lina Marcello.
Nai lina yang sudah pun berusia 18 tahun berjaya lulus dalam ujian memandu dan memperolehi lesen P. Gembira bukan kepalang Nai lina dan kata Aidid kegembiraan itu lebih dari ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Apa yang menghiburkan dalam video ini adalah cara Aidid bercerita mengenai anak daranya itu.
Ramai yang terhibur mendengar Aidid bercerita, dengan lip-sync anak pun boleh dibaca dari jarak jauh. Selain itu, kecantikan yang dimiliki oleh Nai lina juga menarik perhatian warganet. Ramai yang berpendapat, wajah Nai lina tak ubah seperti wajah Norzie ketika muda dahulu, seperti copy and paste.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha tengok sampai habis – ending dia lagi lawak.. kena tambat kereta. Alhamdulillah, congratulations and enjoy driving around nailinamarcello.. ”
” Ayah pun siap buat penceritaan lg… kami terhibur haha.. rs cam tgk drama ahkahsiah.. penceritaan ayah dia buat lucu.. hahahaha.. ”
” Kelakar eh Daddy.. Anyway tahniah utk anaknye Aidid.. Dah besar anak si Aidit n Norzie ni. Rasa baru lagi gi majlis aqiqah dia.. ”
” Hahaha adoi.. ayat bapak dia yg tak tahan tu. Daddy tak pernah tak terhibur. lawa anak dara Aidid ni, macam versi Norzie muda dulu.. ”
” Bang kau punya cerita siap 1 telemovie tu hehe. apa2 pun tahniah untuk anak abang. cun eh, sekali pandang macam norzie.. copy paste betul.. ”
” Dh besar nia… Aduhh dah tua rupanya aku ni. Hahahahah. macam muka mama dia sangat Nia ni.. lawa.. ”
” Funny haha, terhiburla. Nelly nie so cantik.. Cantik macam mak dia Norzie Pak Wan Chek. Suka tengok, lembut ayu je.. ”
Sudah besar panjang anak dara Aidid ini, semakin panjang lah langkahnya apabila sudah ada lesen P. Ayahnya pun mula berkira-kira hendak ‘tambat ‘ kereta, risau juga anak dara sudah boleh memandu sendiri. Apa-apa pun, tahniah Nai lina dan semoga menjadi pemandu yang berhemah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidid Marcello
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen