Artis / Selebriti
” So gorgeously beautiful, tangan kreatif ni. Vibes klasik mewah, terpegun melihatnya.. ” – Komen Netizen

Video dan gambar close up busana pengantin YM Tengku Natasya rekaan Ivan Gunawan dan Hian Tjen yang bertemakan kontemporari dan tradisional. Halus dan kemas hasil sentuhan kedua-dua pereka fesyen ini. Tengok lagi dekat, lagi nampak detail dan cantik..
Istiadat Perkahwinan Diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YAM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan hampir sampai ke majlis terakhir. Selain pengantin diraja yang kelihatan cantik dan segak, busana pengantin yang dipakai oleh Tengku Natasya juga meraih perhatian ramai.
Meninjau perkongsian di akaun pereka fesyen terkenal negara jiran Indonesia, Ivan Gunawan telah pun memuatnaik beberapa keping gambar Tengku Natasya dalam persalinan baju kurung Pahang berwarna biru. Busana ini dipakai ketika istiadat majlis berinai 2 hari yang lalu.
Dari jauh sahaja baju kurung pahang yang dipakai oleh Tengku Natasya ini sudah menarik perhatian apatah lagi jika dilihat dari dekat. Menerusi perkongsian ini, Ivan ada memuatnaik gambar baju berinai Tengku Natasya itu dari jarak dekat. Unik dan menawan, itu yang dapat dikatakan mengenai rekaan Ivan ini.
Selain itu, pereka fesyen Hian Tjen turut berkongsi video hasil rekaannya untuk busana yang dipakai oleh Tengku Natasya ketika majlis Istiadat pernikahan. Busana yang berwarna putih itu kelihatan sungguh cantik dengan hasil rekaan yang tersendiri dan menawan.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” So gorgeously beautiful.. so proud of you ivan_gunawan.. Mas ivan sukses dan sihat selalu.. “
” Oh rupanya ini anaknya artis zaman kami dulu, Eny Beatrice.. artis era 80.. Proud of you Ivan.. “
” Lawa busana rekaan Ivan, terpegun melihat keanggunannya. Nampak simple tapi penuh berlian. Bertabur berlian.. “
” Indahnya sajaknya, suka baca.. Cantiknya busana rekaan ivan.. beautiful design warna blue.. “
” Wow cantiknya.. Pengantin Malaysia itu simple tetapi anggun sekali.. too beautiful.. simple tetapi cantik.. wow dan gorgeous.. “
” This colour is going viral in Malaysia. Semua nak tempah baju raya warna ni . So cantik.. “
” Cantik warna kain nya.. rapi je jahitan Ivan Gunawan.. Vibes klasik mewah.. Teringin mahu tengok sebalik tadbir pembuatan baju ni.. “
” Simple tapi cantik sangat.. mewah dan sesuai baju ini dengan puterinya.. Tangan kreatif ni.. “
Berbaloi Tengku Natasya memilih Ivan dan Hian Tjen sebagai pereka busana kahwinnya, memang cantik dan menawan. Pasti ramai bakal pengantin akan menjadi busana ini sebagai contoh. Apa-apa pun, tahniah Ivan dan Hian Tjen kerana berjaya menghasilkan baju pengantin yang cantik.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ivan Gunawan, IG inaijari, IG Hiantjen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen