Artis / Selebriti
” Lawak lah, bloopers tu tergelak aku. Falah pun sama senget dengan Suri, haha.. ” – Komen Netizen

Video Act of Service pelakon utama drama Andai Tiada Dia, Hisyam Hamid, Ummi Nazeera dan Zahiril Adzhim buat ramai terhibur. Padan muka Haikal kena palau dengan Suri. Auto bertukar jadi watak Azizi. Lawak betul yang last tu, haha..
Drama rantaian Andai Tiada Dia menjadi satu fenomena dan drama terhangat yang disukai oleh ramai pencinta drama Melayu. Lakonan hebat Hisyam Hamid, Ummi Nazeera dan Zahiril Adzhim ini sarat dengan emosi dan mampu membuatkan penonton menangis dengan lakonan mereka.
Meninjau entry di akaun Instagram Bambam Studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ketiga pelakon ini membuat lakonan ‘Act of service’. Haikal dan Falah cuba meraih perhatian Suri dan ternyata Suri lebih memilih Falah berbanding Haikal.
Setiap apa yang Haikal lakukan semua tidak diterima oleh Suri dan hanya Falah yang Suri tunggu. Ekspresi wajah Hisyam yang membawa watak Haikal ketika kecewa ‘dipalau’ oleh Suri mengingatkan semua kepada lakonannya sebagai Azizi dalam drama Bunga Salju.
Turut sama dimuatnaik bloopers ketika Hisyam, Zahiril dan Ummi merakamkan lakonan mereka itu. Masing-masing kelakar dan sangat sporting. Dari awal hingga akhir, video bloopers itu membuatkan ramai terhibur. Macam-macam hal betul lah trio Haikal, Suri dan Falah ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahaha bila tgk hisyam tu jdi gitu mcm ada anak autism pula eh. last tu terkeluar perangai Azizi haha.. “
” Melekat la watak Azizi dengan Hisyam ni.. yang last tu dah kenapa . adui lawak betul lah korang ni.. “
” Haikal terus bertukar jadi Azizi haha.. Haikal hang pi tarik kerusi kat intan je lah.. Padan muka haikal tu makan dia.. “
” Yang last alamak haha.. Hisyam tu cute sangat.. dah sama macam Azizi.. tapi saya pilih suri x falah. Maff ye Haikal.. “
” Laa jadi Azizi pula bila kecewa haha.. haha lawak lah, yang bloopers tu tergelak aku.. crush team Falah ofcos.. “
” Haha Haikal tu tantrum ke.. Falah tu jadi sotong lak.. bedekah aku gelak si haikal ni tau.. falah pon same senget ehh dgn suri.. “
” Padan muka ko Haikal.. hidup ketua.. Sorry tergelak pulak part haikal throw tantrum.. comel lah semua pun.. “
Menghiburkan sungguh gelagat Hisyam, Zahiril dan Ummi ini. Masing-masing masuk air dan sekepala sahaja. Part Bloopers paling mencuit hati. Last-last semua tak boleh masuk kerana pintu terkunci. Apa-apa pun, ramai team Falah dan mahukan Suri bersama Falah. Awas Haikal, hehe..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bambam Studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen