Artis / Selebriti
” Layan betul tengok muka Ayash bila mummy dia dodoikan.. ” – Netizen

Video Watie Hanifiah Sedang Mendodoikan Anak Tirinya, Ayash Affan Raih Perhatian Warganet. Wah Sedap Betul Suara Watie Nyanyi Dodoikan Ayash, Ayash Pun Layan Je Dengar Mummy Menyanyi !!
Sejak Shuib Sepahtu mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah beberapa bulan lalu, apa sahaja perkongsian terbaru mengenai pasangan ini pasti menarik perhatian warganet lebih-lebih lagi keakraban Watie bersama anak-anak tirinya.
Terbaru, meninjau di sebuah akaun Tiktok, telah berkongsi satu video yang memaparkan Watie sedang mendodoikan anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan sambil menyanyi. Menerusi video tersebut, kedengaran Watie menyanyikan lagu kanak-kanak ‘Tidurlah Sayang’ Didi & Friends .
Kelihatan Ayash sedang diriba oleh Watie dan Watie menepuk Ayash untuk menidurkannya. Perkongsian video itu sekali lagi telah menjadi perhatian umum. Ramai yang memuji cara Watie menjaga Ayash dan akui mereka, Watie seorang ibu yang penyayang.
Sehingga kini, video terbaru Watie dan Ayash ini telah ditonton lebih 200 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok. Alahai Ayash, muka tu macam tengah tahan mengantuk je tapi masih layan mummy menyanyi yer.
Tonton video di bawah ini :
@acctinri8y5 #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie #fypシ #foryou #fypシ゚viral #tiktokmalaysia
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai cara Watie melayan Ayash. Antara komen-komen menarik adalah :
” Layan betul tengok muka Ayash bila mummy dia dodoikan.. Sedap suara Watie nyanyi.. Ibu yang penyayanh buat anak-anak arw4h.. “
” Alahai comelnya cara Kak Watie dodoikan Ayash, semoga Kak Watie menjadi ibu yang baik buat anak-anak Shuib dan sentiasa dalam lindungan serta rahmad Allah.. “
” Apasal kita yang mengatok ni, sambil popok diri sendiri dengar Watie nyanyi, hehe.. Tq Watie tolong jaga amanah arw4h dengan baik.. “
” Weh nampak memang Watie ni penyayang betul lah.. Semua anak-anak Shuib boleh dikatakan manja dengan dia.. Dh macam kisah Madammu pula tengok.. “
” Terbaik lah.. Mak2 bila menghafal lagu Didi, hehe.. Tak kekok langsung Watie jaga anak kecil kan.. Semoga Watie sentiasa bahagia bersama Shuib dan anak2.. “
” Stail sy juga ni.. Dodoi anak2, abis semua lagu keluar, kalau tak tido juga, yang merdu jadi garau ler, hahaha.. Comel Ayash.. “
” Tangan mak-mak weyyy.. Hebat Shuib pilih cinta kedua dia.. Tangan dia tak kekok urus rumah tangga, dengan anak2 lagi.. “
Jelas terlihat kasih sayang yang dicurahkan oleh Watie terhadap anak-anak tir1nya begitu mendalam, tak ada langsung jurang antara mereka. Semoga kehidupan Shuib dan Watie sekeluarga akan terus kekal bahagia dan segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @acctinri8y5, IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen