Viral
” Lembutnya suara YAM Che Puan Khaleeda.. ” – Netizen

Kongsi Video Melatih Anakandanya, Tunku Abu Bakar Ibrahim Berjalan, Namun Suara YM Che’ Puan Khaleeda Telah Cur1 Perhatian Netizen. Alahaii.. Lembutnya Suara Seorang Ibu Memberi Semangat Buat Anaknya..
YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam telah menjadi perhatian ramai setelah bergelar isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor , Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim. Manakan tidak, Che’ Puan telah berjaya menawan hati Tunku Mahkota Johor dan kisah percintaan pasangan diraja ini tidak diketahui ramai.
YM Che’ Puan Khaleeda yang sebelum ini pernah menetap di London kerana ibunya telah berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan meneruskan pendidikan awalnya di London. YM Che’ Puan Khaleeda juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta sedikit sebanyak bahasa Sepanyol.
Malah, perwatakannya YM Che’ Puan Khaleeda yang yang sedia kala peramah turut dipuji rakyat jelata. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang puteri dan dua orang putera iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 4, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, 3, Tunku Abu Bakar Ibrahim, 10 bulan.
Terbaru, hasil tinjauan di akaun Instagram milik YM Che’ Puan Khaleeda telah berkongsi satu video memaparkan Baginda sedang melatih anakanda kecilnya iaitu Tunku Abu Bakar Ibrahim untuk berjalan di padang. Malah, YM Che’ Puan Khaleeda turut berkongsi kapsyen iaitu ‘ Proud mama moment and excuse my wild hair’ .
Jom tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Rata-rata netizen turut suka dengan perkongsian video oleh YM Che’ Puan Khaleeda. Malah suara YM Che’ Puan Khaleeda dalam video itu turut menjadi perhatian. Antara komen-komen netizen adalah :
” Lembutnya suara YM Che Puan.. ”
” Lembut je sura Che Puan.. “
” You so humble pretty and kind. So adore you.. “
” Comel nyaa anak Che Puan.. “
” Yessss proud moment.. “
” Cantiknya…. Che Puan baby dah jln dah yer alololo comel.. “
” Alahhhh so cuteeeeeeeee… The best moment for all mom inda worldddd.. “
Alahai.. Lembut betul suara YM Che’ Puan Khaleeda memberi semangat untuk Tunku Abu Bakar Ibrahim berjalan. Mesti seronok melihat anakanda dapat berjalan kerana ia satu memori yang sangat terindah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga YM Che’ Puan Khaleeda sentiasa bahagia bersama keluarga. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yam Che’ Puan Khaleeda
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen