Artis / Selebriti
” Limited edition wife Achey ni. Definisi sebenar cari isteri yang boleh tumpang.. ” – Komen Netizen

Pendedahan Achey Bocey ketika temubual di DolsPodcast mengenai pengorbanan isterinya, Anne buat ramai kagum dan tersentuh. Tak sangka Anne sanggup berkorban sampai macam tu. Tak semua wanita sanggup..
Meninjau entry di akaun Instagram DolsPodcast, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan Achey Bocey tampil di DolsPdcast sebagai tetamu jemputan. Banyak yang diborakkan oleh Achey bersama Shuib Sepahtu dan Mamat Sepah dalam podcast itu.
Salah satunya Achey bercerita mengenai pengorbanan isterinya, Anne yang sanggup mengharungi susah bersama-sama ketika Achey sedang berjuang untuk memenangi pertandingan Bintang Mencari Bintang. Kata Achey, ketika itu Anne bekerja sebagai seorang cleaner.
Selama 3 bulan Achey berada di pentas Bintang Mencari Bintang, selama itu juga lah Anne yang menanggung segala perbelanjaan Achey. Duit gaji yang Anne perolehi daripada hasil kerjanya itu diberikan kepada Achey. Walaupun pada ketika itu belum pasti Achey boleh menang atau tidak, Anne tetap memberikan semangat untuk Achey.
Sambung Achey lagi, rezekinya hasil doa si isteri. Kemenangan sebanyak RM100, 000 berjaya didapatkan dan wang itu digunakan untuk membayar hutang. Achey turut berkongsi reaksi ibunya ketika melihat resit pembayaran rumah yang membuatkan semua adik beradik Achey terdiam.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tolonglah hargai isteri… jangan tinggal dia bila dah senang sebab isteri tu la yang ada masa susah sama-sama.. “
” Artis2 yang kita duk sangkakan hidup penuh lawak 24 jam , sebenarnya diorang ni sanga deep bila bercakap pasal life sebab diorang ni kebanyakan asalnya sangat susah . bleh menangis oo klau dgr cite msing2.. “
” Hebat lah abang Achey dan wife. Your wife very limited edition acey.. moga syurga buatnya.. mantap, cerita macam ni yang kita nak dengar.. “
” Doa isteri terhadap suami, tiada hijab nya… inshaAllah maqbul.. alhamdulillah.. terbaik lah Anne. tak semua perempuan sanggup susah macam ni.. “
” Hebatnya wife kau bang.. percaya dengan rezeki tuhan.. ini definasi sebenar cari isteri yang boleh tumpang susah senang bersama.. “
” Jika suami percaya kepada rezeki terletak dalam doa isteri maka kun faya kun kenyataan Allah SWT sahaja yang tahu.. Hebat Achey isteri kau.. “
” Satu dalam sejuta bang isteri macam ni, untung rezeki Acheh Allah bagi isteri macam Anne. Semoga terus bahagia dan humble selalu.. “
Kisah sebegini yang bagus dipaparkan sebagai pengajaran dan panduan untuk semua. Pengorbanan seorang isteri yang percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kehidupan Achey dan Anne berubah. Semoga Allah mengurniakan Achey dan Anne rezeki yang melimpah ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dolspodcast, IG Anne Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen