Artis / Selebriti
” Maaf nyanyuk betul saya tersasul, haha.. ” – Edry Abdul Halim

Video Edry Abdul Halim bergurau dengan bekas kakak iparnya, Erra Fazira ketika dijemput menjadi juri jemputan final Kilauan Emas 2024 buat ramai terhibur. Alamak, kenapa Edry panggil Erra macam tu. Lain macam betul bunyinya. Tergelak Erra dibuatnya, haha..
Semalam telah berlangsungnya final Kilauan Emas 2024 dan ianya mengakhiri rancangan realiti itu untuk musim ini. Masih menampilkan Erra Fazira dan Dato’ Hattan sebagai juri tetapnya, Edry Abdul Halim sekali lagi dijemput sebagai juri jemputan. Edry pernah hadir sebagai juri Kilauan Emas pada minggu kedua yang lalu.
Seperti biasa, hosnya Kak Lina akan beramah mesra dengan juri jemputan sebelum duduk di kerusi juri. Edry memberikan sedikit kata-kata semangat untuk semua finalis yang bakal bertanding dan kata Edry, malam itu semua mesti enjoy dengan persembahan.
Perbualan disambung dan kali ini, Kak Lina mengatakan minggu ni Edry boleh memanggilnya Rashidah utama. Kak Lina juga mengatakan ada seorang lagi di bawah yang duduk di kerusi juri iaitu ‘ Di ambang Wati ‘ sambil menunjukkan ke arah Erra.
Edry spontan mengatakan dia mengenali figura itu kerana Erra adalah mantan kakak ‘mertua’. Usikan Edry itu membuatkan seluruh dewan gamat dengan sorakan dan gelak ketawa. Erra juga begitu sporting dan cukup profesional. Jauh betul Edry translate perkataan sister in law, daripada kakak ipar terus bertukar menjadi ‘kakak mertua’.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” First time dgr kakak mertua haha.. Cute pulak dengar.. kakak mentua eh hahha.. Erra pun terkejut dengar perkataan baru.. “
” Ingat dia sebut “bekas kakak ke 2 saya” ..dengar lagi sekali dengar dia sebut “bekas kakak mertua saya”.. haha.. “
” Mesti dalam otak dia ingat word in law dan translate jadi mertua.. Ipar bang, ipar… Bukan mertua.. hehe.. “
” Lawak lah edryabdhalim… spontan jerr lawak dia terasa hangat pulak malam ni.. kakak mertua, apoo haha.. ipar bang, ipar haha.. “
” “Bekas Kakak mertua” sy.. apo.. lps tu cuba dibetulkan dgn sebut “mantan” tp masih salah. Yg perlu dibetulkan adalah “mertua” ya edryabdhalim huhuhu.. “
” Kakak mertua haha, tapi Edry memang sporting. edry punya nervous nak cakap tu sampai tersilap cakap bekas kakak mentua.. bukan kakak ipar ke.. “
” Lawak Edry mengusik Erra tu, sporting la diorang ni.. dia mesti rapat dengan erra. tu yg bleh gurau cmtu.. hehehe… kakak mertua, memang lawak lah.. “
Rupa-rupanya Edry tersasul sebut ketika di atas pentas.
Best juga menyebut mantan kakak mertua, Erra pun tergelak mendengar usikan Edry itu. Yang berlalu itu tetap berlalu tetapi hubungan Erra dan Edry tetap baik sama seperti dengan Yusry. Apa-apa pun, Edry menghangatkan lagi suasana final Kilauan Emas semalam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen