Artis / Selebriti
” Macam arwah Siti Sarah pulak moment ni. Nyanyi sama-sama, Shuib menemani di sisi.. ” – Komen Netizen

Video Watie Hanifiah Menyanyi Ditemani Oleh Shuib Sepahtu Raih Perhatian Ramai. Wah Power Betul Suara Watie, Lagu Nike Ardilla Tu. Watie Tarik Macam Tu Je, Best Sangat. Ada Yang Kata Seperti Dejavu Shuib Dan Arwah Sarah Dulu !!
Menerusi perkongsian video Watie Hanifiah di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Watie sedang berkaraoke di rumah. Shuib juga turut ada menemani Watie ketika itu. Menerusi video ini Watie mendendangkan lagu Nike Ardilla berjudul Seberkas Sinar.
Cerita Watie, ketika zaman bujangnya dahulu, Watie memang suka berkaraoke tetapi pada waktu itu suaranya banyak kekurangan. Selepas berkahwin dengan Shuib, Shuib banyak memberi tunjuk ajar mengenai teknik untuk menyanyi dengan betul.
Kelunakan suara Watie meraih pujian daripada ramai warganet. Bukan mudah untuk membawakan lagu bernada tinggi seperti ini. Sambil duduk santai sahaja pun Watie boleh menarik suaranya dengan begitu baik. Ada juga yang mengatakan suara Watie kedengaran seperti suara arwah Siti Sarah.
Melihat gelatah Watie dan Shuib dalam video ini seakan mengimbau kenangan arwah Sarah dan Shuib dahulu. Masih terbayang wajah Siti Sarah memakai telekung menyanyi sambil Shuib duduk di tepi. Seperti dejavu, cuma sekarang orangnya adalah Watie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara Watie.. love sangat dengar.. sambil duduk macam tu pun power suara Watie.. lawa g1la tak makeup, nampak muda.. ”
” Suara macam arwah siti sarah sikit-sikit.. terubat rindu shuib.. macm arwah kak siti sarah lak moment ni .. nyanyi2 sm2 shuib menemani di sisi.. Allahu.. ”
” Lagu nike ardilla ni tinggi taw tapi watie nyanyi sedap masya Allah.. faveret song ni.. Seberkas sinar.. ”
” Wow mommy, meletop suara mommy.. Rakam la satu lagu duet dgn Shuib. Sedap suara Watie.. shuib mmg ambik sume cam siti sarah.. ”
” Tolong perbanyakkan lagi record cover mummy. sedap suara mummy. meremang.. boleh try duet ngn daddy plk mummy.. ”
” Suka tone suara jelas macam ni.. sedap iamwatie menyanyi. Puas dengar. Lunak suara, boleh pergi jauh ni.. ”
” Boleh buat album single suara sedap sangat kak watie.. menyala suara mommy.. Ingatkan suara tokti, ada bunyi sedikit sama sikit-sikit.. ”
Terbaik lah Watie, jika dibuat 1 lagu single bersama Shuib, mungkin boleh meletop dan menjadi siulan ramai. Bakat menyanyi itu sudah ada tetapi Shuib hanya membenarkan Watie menyanyi di rumah sahaja. Selepas ini, harap banyak lagi perkongsian Watie menyanyi dikongsikan. Suara sedap betul, tidak puas mendengarnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen