Artis / Selebriti
” Macam manalah dadhi nak jalan mata kena tutup. Comel, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Jebat Jayden Mengisi Masa Bersama Dadhinya, Datin Noor Kartini Buat Netizen Terhibur. Alahai Jebat, Dah Lah Suruh Dadhi Dukung, Boleh Pula Tutup Muka Dadhi Dengan Tudung, Haha !!
Sebut sahaja nama Jebat Jayden, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Anak pelakon Sharnaaz Ahmad ini memang mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Ada sahaja gelagat comel Jebat yang sudah berusia 5 tahun mencuit hati ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Datin Noor Kartini telah dikongsikan dua video yang memaparkan Datin Kartini mengisi masa lapangnya bersama Jebat. Kelihatan nenek dan cucu ini sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi video pertama, Jebat sedang sedang bercerita tentang dua anak patung pakaian di sebuah kedai. Seloroh Jebat, patung yang memakai pakaian baju Melayu itu merupakan kawannya, manakala patung budak perempuan di sebelah itu pula merupakan ‘awek’ Jebat.
Mendengar celoteh Jebat itu, terus Datin Kartini berdekah ketawa. Menerusi video kedua pula, tulis Datin Kartini, Jebat meminta Datin Kartini untuk mendukungnya kerana Jebat letih berjalan. Ketika sedang didukung, sempat Jebat mengambil tudung Datin Kartini dan menutup wajah Datin Kartini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang meluahkan rasa terhibur mereka apabila melihat gelagat Jebat menerusi video-video yang dikongsikan oleh Datin Kartini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam manalah dadhi nak jalan mata kena tutup, comel, hahaha.. Saja lah tu nak manja dengan dadhi kan Jebat, hahaha.. “
” Hai baby Jebat Jayden.. Alhamdulillah… Nanny pun masih sihat.. Boleh layan cucu… Semoga terus diberus kesihatan yg terbaik.. “
Ada sahaja perlakuan Jebat yang mencuit hati, boleh pula tutup muka dadhinya dengan kain tudung. Dadhi pun melayan sahaja gelagat comel Jebat. Manja sungguh Jebat dengan Datin Kartini sejak kecil lagi. Untuk Jebat, ramai yang sayang.
Meksipun Sharnaaz dan Nabila tidak lagi bergelar suami isteri, Jebat membesar dengan penuh kasih sayang. Baru-baru ini Jebat telah menyambut ulang tahun kelahirannya dan ketika majlis tersebut, Sharnaaz turut datang meraikan majlis serta bergambar bersama Nabila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG noorkartini, jebatjayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen