Artis / Selebriti
” Macam ni baru betul. Suka tengok Dayah sentiasa menjaga hubungan baik.. ” – Netizen

Perkongsian Video Balu Abam Bocey, Hidayah Membawa Anak Arwah Abang Dan Keluarga Kakak Iparnya Bercuti Raih Perhatian Warganet. Bagusnya Hubungan Keluarga Ni, Tak Putus Walaupun Dah 13 Tahun Abang Dayah Pergi. Salute Lah Dayah Menyantuni Anak Yatim !!
Menerusi hantaran balu Abam Bocey iaitu Hidayah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar-gambar Hidayah bersama anak-anak arwah abangnya dan juga keluarga kakak iparnya bercuti bersama-sama ke Port Dickson.
Untuk makluman, abang Hidayah sudah 13 tahun men1nggal dunia namun hubungan Hidayah bersama balu abangnya ini dan anak-anak buahnya tidak pernah putus. Tambah Hidayah lagi di ruangan, mereka tetap keluarga selamanya.
Sudah besar panjang anak arwah abang Hidayah dan ada yang sudah sama tinggi dengan Hidayah. Seronok warganet melihat cara Hidayah menyantuni balu abangnya ini dan anak-anak buah. Percutian yang menggembirakan hati semua orang.
Melihat akan gambar-gambar mereka bersama, sudah cukup membuktikan kemesraan dan kasih sayang yang utuh antara satu sama lain. Tentu arwah abang Hidayah juga gembira di sana kerana isteri dan anak-anaknya dilayani dengan baik sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Hidayah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam ni baru betul. Bukannya Bila arwah takde, ipar duai dibuat musuh. Org Baik Allah selalu sayang.. ”
” Suka posting ni, salute lah pada Hidayah kerana masih menjaga silaturahim walaupun abang dah lama tiada.. ”
” Hidup hanya sekali berbuat baiklah selagi termampu hidup pasti ceria.. Alhamdulillah suka tengok famili Dayah sentiasa menjaga hubungan baik.. ”
” Mcmni lah contoh terbaik. smoga rezki dayah tak putus-putus untuk family.. Semoga dayah sentiasa kuat, diberikan kesihatan yg baik, diberkahi rezeki, gembira dgn family tersayang.. take care dayah.. ”
” Bila kita kongsi rezeki dengan anak yatim makin murah rezeki kan.. terus sambung silaturahim.. semoga akan datang segala kebaikan buat dayah sekeluarga.. ”
” Alhamdulillah yang utama dalam hidup adalah keluarga.. mang betoi ukhwah dlm persaudaraan sebuah keluarga x penah ilang.. sentiasa menjaga dgn baik.. ”
” MasyaAllah semoga ukhwah kekeluargaan ini berpanjangan hingga ke syurga Dayah dan family.. aamiinn.. ”
Bagus Hidayah masih mengekalkan silaturahim dengan kakak ipar dan anak buah. Berbuat baik dengan anak yatim tentu Allah kurniakan pahala yang banyak dan juga dibukakan rezeki seluas-luasnya. Semoga hubungan baik ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hidayah Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen